Pages

Thursday 21 July 2011

Akibat Gemar Ponteng Sekolah Remaja Hamil 7 Minggu!


Sekadar hiasan.

[HM] AMPANG: Punca seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang sering ponteng sekolah akhirnya terbongkar apabila bapanya mendapati dia mengandung tujuh minggu dipercayai dirogol teman lelakinya sebaik membuat pemeriksaan di sebuah klinik pada 22 Jun lalu.

Sebaik mengetahui anak gadisnya mengandung dipercayai dirogol, bapa mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 26 Jun lalu.

Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, bapa mangsa mula mengesyaki sesuatu yang pelik terhadap anak gadisnya apabila guru sekolah mangsa menghubungi bapanya untuk bertanyakan punca mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari.

“Mangsa mengaku teman lelakinya yang berusia 19 tahun, sering menjemputnya dari sekolah dan pusat tuisyen sebelum merogol mangsa di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Taman Melawati.

“Sebaik mengetahui anaknya diperlakukan sedemikian, bapa mangsa kemudiannya mengambil keputusan membawa mangsa menjalani pemeriksaan ultra bunyi di sebuah klinik di Keramat,” katanya. 
Sumber berkata, sewaktu mangsa bersekolah di tingkatan satu, suspek bertindak berani apabila melarikan mangsa selama tiga hari sebelum dia berjaya dijumpai sebaik anggota polis membuat pemeriksaan di sebuah apartmen di Taman Melati.

“Selepas kejadian kira-kira tiga tahun lalu, bapa mangsa menasihatkan suspek supaya tidak lagi berkawan dengan anaknya kerana bimbang perkara sama akan berulang,” katanya.

“Suspek yang degil tetap berkawan dengan mangsa sebelum bapa mangsa mengambil keputusan untuk menukar mangsa bersekolah di tempat lain dengan harapan suspek tidak lagi berkawan dengan mangsa,” katanya. 
Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.


Sejak kebelakangan ini, kami di Didik Diri Resources (DDR) sering menerima kes-kes berkaitan "PENZINAAN" dan "KETERLANJURAN" khususnya yang dilakukan oleh golongan remaja. Tidak mengira pada usia berapa, dan tahap serta latar belakang pendidikan ; sama ada sekolah rendah atau menengah.. sekolah harian biasa atau sekolah agama... TIDAK TERKECUALI! Pihak keluarga yang datang menemui bukan sahaja daripada latar belakang sederhana malah sampai ke tahap profesional... masing-masing mengahdapi masalah yang sama..iaitu, ANAK TERLANJUR!.. ALhamdulillah, ada yang berjaya diselamatkan.. TAPI ada juga yang sudah agak terlewat utk diselamatkan TETAPI berkaya dapat DIKAWAL dan DIBIMBING untuk kembali kepada rasa BERTUHAN dan rasa BERIBU BAPA... sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...