Pages

Thursday 21 July 2011

Sudah DITEBUK Tupai Baru Nak Terngadah!




[HM] HULU SELANGOR: Berang selepas mendapat tahu anak gadis melakukan hubungan seks dengan teman lelaki, seorang ibu memaksa anaknya membuat laporan polis, kelmarin.
Sebelum itu, si ibu terdengar perbualan telefon antara anak gadisnya berusia 16 tahun dengan rakannya.

Menurut sumber, wanita berusia 30-an itu terkejut apabila mendengar pengakuan anaknya mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelaki.

“Si ibu memarahi anak gadisnya itu dan memaksanya menceritakan apa yang berlaku.

“Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu akur dan menceritakan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang marah dengan perbuatan lelaki terbabit menceritakan kejadian itu kepada jiran sebelum mereka mencarinya.

“Lelaki itu ditemui di rumah keluarganya, namun keluarga remaja terbabit menghalang mereka untuk membawa remaja lelaki itu ke balai polis.

“Bagaimanapun, selepas penjelasan diberikan remaja lelaki itu dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Bertindak atas laporan suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan.

 Jangan apabila kelapa sudah ditebuk tupai baru kemaruk mahu mengambil tindakan! TAPI, ada juga IBUBAPA yang sudah BERUSAHA dan BERIKHTIAR sampai ada juga yang HAMPIR PUTUS ASA kerana usaha yang dilakukan TIDAK mendatangkan HASIL seperti mana yang diharapkan. Kami di DDR menerima banyak KELUHAN dan RINTIHAN daripada IBU BAPA yang sudah tidak tahu nak berbuat apa lagi untuk membantu menyedarkan anak remaja mereka yang terlibat dengan masalah sosial khususnya ZINA dan PERGAULAN BEBAS. Alhamdulillah.. melalui perkhidmatan dan pertolongan ALLAH pastinya.. USAHA ibu bapa berkenaan TIDAK SIA-SIA.. malah, sudah mampu GEMBIRA apabila anak yang sebelum ini LIAR sudah berjaya DITUNDUKKAN dengan bantuan ALLAH SWT dan berkat usaha yang dilakukan.. sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi. Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...