Di bawah merupakan antara isi kandungan sepucuk surat seorang IBU kepada seorang Pelatih Rumah Insani (Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah), remaja lelaki berumur 17 tahun (SPM) berasal daripada Taman Keramat, Kuala Lumpur. Segala identiti dan kesalahan yang dilakukan ada tercatat dalam surat berkenaan. Semoga anda mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah remaja ini. Pada mulanya hanya menganggap ugutan untuk dimasukkan ke Pusat Pemulihan (Rumah Insani) merupakan GURAUAN dan LAWAK semata-mata. Tetapi, setelah tangan terikat, dan dimasukkan ke dalam kereta, badan terus mengigil kerisauan, merayu-rayu minta diberikan peluang terakhir. Malangnya, semua itu sudah terlambat! pilihan yang dibuat adalah menjurus untuk menetap di Rumah Insani selama 6 bulan dalam pengawasan warden khas untuk remaja bermasalah dan memfokuskan didikan kerohanian dan islami.
Alhamdulillah, berkat usaha tidak PUTUS ASA MAK dan AYAHnya, remaja ini sudah kembali rasa BERTUHAN dan RASA BERIBU BAPA. Kuasa ALLAH tiada siapa dapat menghalangnya. Sekeras manapun hati anak itu, akhirnya dia tersungkur dengan zikir dan munajat memuji ALLAH. Rawatan dan didikan kerohanian ini sangat memberi kesan kepada para penghuni pusat pemulihan ini yang terdiri daripada remaja yang terlibat dengan masalah gejala sosial yang kronik.
Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
"Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan"
InsyaAllah Dia akan permudahkan.
Jadilah seperti sang pelangi yang tidak bercahaya namun tetap berseri
Jadilah seperti bintang-bintang meskipun jauh tetap setia menemani sang bulan menghiasi malam
akhir sekali, Jadilah seperti dirimu sendiri :)
No comments:
Post a Comment