Pages

Thursday, 18 August 2011

Ingat Cerita Remaja Koma 2 Bulan? Rupa-rupanya Dibelasah Kerana Cemburu




Saya petik:
[HM] MERSING: Cemburu akibat merebut teman wanita dikatakan menjadi punca seorang pelajar tingkatan tiga dipukul pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemuk dekat Rompin, menyebabkan dia koma kira-kira dua bulan sejak Mei lalu, dan kini berkemungkinan lumpuh.

Mangsa, Mohamad Amirul Abdul Rahim, 15, mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada 22 Mei lalu, dalam bilik tidur asrama sekolah berkenaan. 

“Saya agak rapat dengan teman sebaya bernama Farah yang tidak disenangi seorang pelajar senior tingkatan lima dipercayai menyimpan perasaan terhadapnya.

“Pada hari kejadian, tiga pelajar senior tingkatan lima menyerang saya dari belakang. Mereka memukul kiri dan kanan kepala dengan objek keras. Serangan itu turut disaksikan beberapa pelajar lain.

“Mereka kemudian mengugut supaya saya tidak menghebohkan perbuatan itu kepada sesiapa termasuk guru. Meskipun kesakitan akibat pukulan itu, saya cuba bertahan hadir ke sekolah dan menduduki ujian keesokan harinya,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...