Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam. Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.
Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat. Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.
Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu. Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut./fmt
Gejala Kristianisasi semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini lagi sebenarnya isu kristianisasi SUDAH menjalar dalam negara, namun mungkin disebabkan RUANG dan PELUANG serta wajudnya KEPENTINGAN pihak tertentu menagguk di air keruh memperlihatkan isu ini GAH meniti di bibir rakyat saban hari. Bermula daripada isu Berbuka Puasa 12 orang Islam di sebuah Dewan Gereja baru-baru ini yang dioserbu JAIS, hinggalah isu terbaru ini.
Apa pun yang menjadi persoalan, dimanakah pihak-pihak yang SEBENARNYA bertanggungjawab membela kesucian dan akidah umat ISLAM di NEGARA ini? apakah cukup sekadar pergi ke balai POLIS dan membuat LAPORAN sudah memadai? para politikus sibuk mengangkat diri masing-masing sebagai JUARA RAKYAT dan PEMBELA AGAMA Islam! walhal, mereka tidak KELIHATAN dalam membanteras gejala kristianisasi di negara ini.
Realiti di luar sana ramai remaja MUSLIM kita sudah jauh terpesong daripada hidup BERTUHAN! sudah hilang rasa BERIBU BAPA! berapa ramai remaja MUSLIM kita yang TIDAK SOLAT? TIDAK BERPUASA di bulan Ramadhan ini? BERZINA? teguk arak? MAKI HAMUN SEPAK TERAJANG MAK AYAH? Mana NGO Melayu ISLAM? mana POLITIKUS kebangsaan? TAHNIAH kepada pihak2 yang ikhlas berjuang di medan AGAMA dan rakyat! namun, jumlah mereka terlalu kecil dan sedikit berbanding dengan masalah yang sedang MENGGUNUNG ketika ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperkukuhkan UKHUWWAH di bawah panji ISLAM!
UMAT KUAT! ISLAM HEBAT!
Bersama kami Didik Diri Resources membanteras masalah gejala sosial dalam kalangan remaja MUSLIM di Malaysia. www.motivasisurvivor.com
No comments:
Post a Comment