Pages

Wednesday 3 August 2011

Sesiapa Yang Membenci Ayahnya Maka Dia KUFUR!

Tidak Boleh Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa.
 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
 
Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya maka dia kufur.[1]
 
 
Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, antara tindakan seorang anak dalam rangka menunjukkan kebencian kepada ayahnya ialah memutuskan nasab dengan ayahnya yang asal, atau menghubungkan nasabnya kepada orang lain. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan tentang hal ini:
 
Sesiapa yang mengakui nasabnya kepada selain ayahnya padahal dia mengetahui bahawa itu bukan ayahnya, maka syurga diharamkan ke atasnya.[2]
 
 
Pada masa kini, kebencian seorang anak kepada ayahnya dibuktikan melalui pelbagai cara, tanpa sekadar mengubah nasab. Ada yang menengking ayahnya, ada yang melarikan diri dan ada yang mengisytihar memutuskan hubungan dengan ayahnya. Semua ini dilakukan atas sebab-sebab remeh, antara yang paling lazim ialah berbeza pilihan kekasih. Tindakan ini dan selainnya termasuk kebencian kepada ayah yang dilarang dalam Islam. Melarikan diri atau memutuskan hubungan dengan ayah memiliki akibat yang amat berat di dunia dan akhirat, sebagaimana amaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
 
Tidak ada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah Ta‘ala ke atas pelakunya di dunia ini disamping apa yang disimpan bagi pelakunya di Hari Akhirat melainkan perbuatan memberontak (terhadap pemimpin) dan memutuskan silraturahim.[3]
 
 
Tidak ada tindakan memutuskan silraturahim yang lebih berat hukumnya melainkan terhadap ibubapa sendiri.

 
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 6768 (Kitab al-Fara’id, Bab orang yang mendakwa kepada selain ayahnya). Terdapat perbincangan tentang apakah yang dimaksudkan dengan “kufur” dalam hadis ini. Apa pun, yang penting ia menunjuk kepada satu tindakan yang dilarang oleh agama, maka hendaklah dijauhi.
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 6766 (Kitab al-Fara’id, Bab orang yang mengakui nasab kepada selain ayahnya).
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4902 (Kitab al-Adab, Bab larangan daripada memberontak).

Jika anda sedang mengalami nasib seperti mana di atas.. sila hubungi kami di DDR SEGERA.. Bantulah anak-annak anda yang masih ada PELUANG untuk berubah. InsyaALLAH, tidak sia-sia jika anda sudah BERUSAHA... kerana anak adalah AMANAH ALLAH kepada ibu bapa.. pastinya kita RISAU dan BIMBANG pada satu masa nanti kita akan diTANYA dan DIPERSOALkan di hadapan ALLAH SWT tentang anak kita.. Sila layari laman web kami; www.motivasisurvivor.com SEGERA! Kami menyediakan perkhidmatan KHUSUS untuk golongan REMAJA yang BERMASALAH (gejala sosial dan rosak akhlak).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...