Pages

Wednesday 13 July 2011

Soalan Lazim Ibu Bapa Mengenai Survivor Camp Malaysia

Soalan Lazim Ibu Bapa


Ustaz, bagaimana jika anak saya tak mahu pergi..?

 Pujuk mereka. Begini caranya :
  1. Beritahu mereka - kem ini bukan tidur dalam khemah. Tetapi tidur dalam asrama. Ada katil, tilam dan bantal lagi. YANG BEST ADA AIR COND :)
  2. Beritahu mereka - makan di sini sedap & lazat. Makan 6 kali sehari.
  3. Beritahu mereka - modul di kem ini tidak lasak dan tidak memenatkan. Modul disampaikan ala santai dan mesra. Yang pasti tidak bosan.
  4. Beritahu mereka - fasilitator semua baik-baik, berkelulusan IPT dan berbudi bahasa.
___________________________________________________________________________

Tapi ustaz, kalau anak saya tak makan pujuk, bagaimana pula..?

Hubungi saya  019-3005053  dan saya ada  CARAnya..

!!!Tapi...sebelum itu jangan beritahu apa-apa lagi kepada anak anda. Hubungi saya dahulu. Insya Allah kita sama-sama berusaha agar anak tersayang dapat hadir ke Survivor Camp Malaysia.

Terbukti berkesan sejak 2006 lagi.

___________________________________________________________________________

Bagaimana dengan keselamatan anak saya semasa di kem nanti..?

AlhamdulilLah, selama mengendalikan Survivor Camp Malaysia tiada sebarang kemalangan yang berlaku. Faktor keselamatan di kem amat diberi perhatian serius terutamanya dikalangan peserta yang amat muda usianya.

Survivor Camp Malaysia tidak menggunakan modul yang lasak dan adventure kerana bukan itu tujuannya. Tujuan Survivor Camp Malaysia ialah menguatkan rohani dan spiritual diri peserta melalui penghayatan dan pemahaman ibadah agar dapat menjadi Survivor di dalam masyarakat yang tidak mudah terjebak dengan segala anasir penyakit sosial di luar sana.

Justeru pihak keluarga usah bimbang dengan aktiviti di Survivor Camp Malaysia, kerana semuanya dikawal rapi. Dan diulang sekali lagi, tiada modul yang membahayakan.

___________________________________________________________________________

Anak gadis saya 'period', bolehkah dia hadiri kem..?

AlhamdulilLah, itu tanda kasih sayang Allah SWT bagi kaum Hawa. Untuk pengetahuan tuan puan, masa 'period' tidak menghalang aktiviti peserta di kem. Walaupun kem ini dipenuhi dengan aktiviti ibadah, anak perempuan tuan puan yang sedang 'period' kita akan gantikan dengan aktiviti lain yang bersesuaian dan masih memfokus kepada tujuan yang sama.

Jadi tuan puan usah risau tentang kesesuaian aktiviti di kem dengan masa 'period' anak perempuan tuan puan. Kami berpengalaman dengan situasi ini setiap kali Survivor Camp Malaysia. Setiap peserta akan mendapat haknya di kem walaupun keuzuran.

___________________________________________________________________________

Bagaimana pembentukan kumpulan peserta dilakukan..?

Pembentukan kumpulan peserta adalah berdasarkan faktor usia. Iaitu peserta dalam kumpulan adalah sebaya atau hampir sebaya. Penempatan di bilik-bilik asrama juga berdasarkan kumpulan. Jadi, tidak wujud percampuran peserta antara yang tua dan muda.

Bagaimanapun, pihak kami turut menerima permintaan ibu bapa yang inginkan anaknya disatukan dalam satu kumpulan. Terutamanya ibu bapa yang mendaftar lebih dari seorang anak. Dengan tujuan anak yang tua boleh menjaga anak yang masih muda.

___________________________________________________________________________

Bolehkah anak kami bawa wang saku..?

Ya, boleh.

Tetapi cukuplah sekadarnya kerana jadual makan di kem adalah 6 kali sehari. Wang saku yang dicadangkan sebanyak RM30 sahaja. Tetapi kalau tak bekalkan pun tak mengapa. Itu lagi baik :)


Sebarang soalan sila hubungi 019-3005053.

Oleh Firma Motivasi
DIDIK DIRI RESOURCES001509181-M

Hakcipta Terpelihara © 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...