Pages

Wednesday 13 July 2011

Ustaz Ahmadi Haji Din (Mentor)

Sinopsis Kredibiliti
Ustaz Ahmadi Haji Din




Didikan Tentera Sejak Kecil
Anak kelahiran Sabah ini membesar di Sungai Petani, Kedah di dalam keluarga tentera. Sedari kecil lagi aspek disiplin amat dititikberatkan di dalam keluarga. Justeru kehidupan beliau sejak kecil tidak mendatangkan masalah kepada keluarga.
ABIM & Rakan Muda Di Sekolah
Usia yang menganjak dewasa mematangkan beliau dengan suasana persekitaran semasa. Ditambah pula dengan penglibatan beliau dalam Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM dan Rakan Muda sejak sekolah cukup membuatkan beliau kerap bertanya, ke mana halatuju anak-anak muda pada masa itu? Apa yang mereka fikirkan? Dan ke mana sudahnya masa depan mereka? Persoalan ini amat tertanya-tanya, kerana beliau melihat begitu bejat permasalahan sosial remaja era persekolahan tahun 90-an.
Kepimpinan Di UKM
Kegiatan bermasyarakat dan membina kepimpinan, beliau teruskan semasa melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Aktif berpersatuan dan menjawat pelbagai jawatan menjadikan beliau lebih dekat dengan isu-isu masyarakat dan negara.
Aktif Dengan NGO Islam
Simpati dengan keluarga yang memiliki anak remaja bermasalah menyebabkan beliau 'turun padang' membantu sejak tahun 2000 selepas tamat pengajian di UKM. Beliau aktif dengan beberapa NGO Islam dan persatuan penduduk dalam gerak kerja Amar Makruf Nahi Mungkar. Sehingga kini ratusan kes-kes remaja telah beliau bantu.
Pengurus Didik Diri Resources (2004) &
Pengasas Survivor Camp Malaysia (2006)
Ilmu dan pengalaman membasmi gejala sosial telah beliau satukan sejak 2004 di bawah konsultan motivasi berdaftar, Didik Diri Resources (001509181-M) supaya lebih sistematik dan berkesan dalam membantu remaja. Antara program beliau yang paling terkenal ialah Survivor Camp Malaysia sejak 2006.
Timbalan Pengerusi SIDIM
Selain itu, beliau bersama rakan seperjuangan menubuhkan NGO Sahabat Insan Dan Iman Malaysia atau SIDIM, dan beliau dilantik selaku Timbalan Pengerusi SIDIM. Antara aktiviti utama SIDIM ialah menguruskan pusat pemulihan aqidah & akhlak remaja atau Rumah Insani bertempat di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Kerjasama dengan MASTIKA & METRO
Peranan beliau turut mendapat perhatian 2 media cetak No.1 Malaysia iaitu MASTIKA dan METRO. Banyak kes-kes kendalian beliau disiarkan di dalam media ini sejak tahun 2005. Tujuannya untuk mengetengahkan isu-isu bahaya gejala sosial remaja dikalangan rakyat Malaysia. Dan seterusnya sama ada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat dapat bertindak membasmi gejala sosial ini.

Liputan Ahli Parlimen Malaysia
AlhamdulilLah, kerjasama beliau dan media mendapat perhatian serius beberapa Ahli Parlimen Malaysia dan dibincangkan di Dewan Rakyat pada 2005. Semoga kita semua terus mengimarahkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Kerana masa depan negara adalah APA YANG BERLAKU KEPADA GENERASI MUDA HARI INI !!

Ringkasan Kelayakan Beliau ;

  • Pengurus & Motivator Didik Diri Resources, DDR
  • Pengasas Survivor Camp Malaysia, SCM
  • Timbalan Pengerusi Sahabat Insan Dan Iman Malaysia, SIDIM
  • Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM
  • Mantan Ketua Jurulatih PLKN Malaysia 2006-2007
  • Mantan Pembantu Fasilitator Syarikat Motivasi Fitrah Perkasa Sdn Bhd
  • Mantan Fasilitator Kementerian Belia & Sukan Malaysia
  • Motivator Bahaya Gejala Sosial Remaja
  • Motivator Tingkat Harga Diri Remaja
  • Sukarelawan Amar Makruf Nahi Mungkar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...