Pages

Tuesday, 9 August 2011

Remaja ini dicekup berbogel sedang beraksi seks


KULIM: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun hanya mampu menutup kemaluan dan payu daranya dengan tangan apabila dia dan teman lelakinya yang mengadakan hubungan seks diserbu Penguatkuasa Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Kedah dalam satu serbuan cegah maksiat, malam kelmarin. 

Ketika serbuan jam 11.45 malam itu, remaja berkenaan dan pasangannya berusia 25 tahun itu yang leka melakukan seks terkejut dengan kehadiran PADK dan anggota polis.

Remaja perempuan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini dan pasangannya seorang buruh ditahan berkhalwat di sebuah rumah kongsi di Junjung yang juga kediaman lelaki terbabit.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya yang menerima aduan dari Balai Polis Junjung, ke rumah kongsi berkenaan pada jam 9 malam tetapi tiada penghuni di situ sebelum kembali semula jam 11.45 malam.

“Sejurus kemudian, kami menyerbu rumah kongsi berkenaan dan ketika itu pasangan terbabit melakukan hubungan seks.

“Mereka dalam keadaan berbogel hanya menggunakan tangan menutup kemaluan sebelum remaja perempuan itu menyorok di belakang pasangannya,” katanya.

Azmi berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Kulim dan ditahan di lokap sebelum ibu bapa pasangan itu dipanggil untuk proses ikat jamin.

Katanya, melalui siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu baru mengenali pasangannya 20 hari lalu selepas putus cinta dan mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit 18 Mei lalu.

Malah, katanya, remaja itu juga mengaku sering mengadakan hubungan seks dengan bekas teman lelaki sebelum ini serta lelaki lain.

“Remaja perempuan itu memberi alasan berkunjung ke rumah abang kepada keluarganya untuk keluar tetapi kesempatan itu digunakan berjumpa teman lelaki di rumah kongsi itu,” katanya.- Hmetro 

Selain daripada kes-kes melibatkan PENZINAAN, ROKOK, MENCURI, PONTENG SEKOLAH, KELUAR MALAM, terlibat dengan DADAH.. kami di DDR juga menerima kes-kes daripada ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka mula berperangai seperti GANGSTER bukan sahaja di rumah, malah di luar rumah khususnya di sekolah! RAmai ibubapa yang mengajukan masalah anak mereka ini kepada DDR untuk sama-sama membantu anak-anak remaja mereka. Dan ALHAMDULILLAH, ramai yang sudah berjaya dipulihkan. ada juga yang dalam pemerhatian pihak DDR dan pemantauan keluarga. Oleh itu, kami di DDR menasihatkan ibu bapa di luar sana supaya BERTINDAK SEGERA! dan TIDAK perlu menunggu melihat KESANnya pada masa akan datang. JANGAN terkejut jika ada ibu bapa yang SUDAH di BELASAH! DI SEPAK TERAJANG dengan anak sendiri! kes-kes sedemikian ada dalam REKOD pihak kami.. Oleh itu bertindaklah SEGERA sementara MASIH ada RUANg dan PELUANG untuk BERTINDAK!
sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.comuntuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...