AMPANG: Seorang ibu bukan saja dipukul dua anaknya, malah dihalau dari rumah ekoran tidak memberi wang yang diminta dalam kejadian di Kampung Pandan Dalam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 41 tahun terbabit mengalami lebam di muka dan badan selepas dipukul anak lelaki dan perempuannya.
Kejadian dikatakan bermula apabila anak lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan baru balik dari berjumpa rakannya tiba-tiba meminta wang, namun mangsa memberi alasan tiada wang menyebabkan anaknya itu bertindak kejam memukul mangsa selama beberapa minit.
Sumber polis berkata, mangsa turut dicekik anaknya selain kepalanya dihentak pada dinding.

Katanya, pertelingkahan dua beranak itu bertambah parah apabila anak perempuan mangsa yang berusia 20 tahun pula campur tangan dengan turut bertindak memarahi dan memukul ibu mereka tanpa belas kasihan.
“Anak perempuan mangsa turut menghalau mangsa keluar dari rumah dengan memaki hamun menggunakan perkataan tidak sepatutnya termasuk menggunakan panggilan ‘babi’.
Sudahkah anda menziarahi orang tua di kampung? Cukupkah makan minum mereka hari ini? Kita amat sedih dengan sikap anak-anak kini. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja laporan akhbar mengenai anak derhaka ke atas orang tua mereka. Sedarkah kita, neraka bagi anak-anak derhaka yang tidak diampunkan orang tua mereka?Jika hari ini kita derhaka kepada ibu bapa, suatu hari nanti anak-anak pula mungkin derhaka kepada kita. Sepanjang 10 tahun berhadapan dengan isu remaja, DDR telah menerima ratusan kes-kes ANAK DERHAKA. Kebanyakkan ibu bapa yang berjumpa mengeluh akan perbuatan KASAR dan BIADAP anak mereka yang sudah hilang rasa BERIBU BAPA! Kepada anda di luar sana, yang mengalami masalah yang sama, sila layari laman web kami; www.motivasisurvivor.com. kami sedia membantu anda!
No comments:
Post a Comment