Buku ini sangat menarik kerana penuh dengan ilustrasi dan penyusunan ayatnya tidak sarat dan begitu mudah untuk di baca. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian satu menceritakan mengenai punca - punca yang menyebabkan anak menjadi biadap manakala bahagian kedua menceritakan bagaimanakah menangani anak yang biadap. Secara ringkasnya, terdapat 21 punca anak menjadi biadap dan 21 cara untuk menangani anak yang biadap.
Buku ini memang sesuai untuk ibu bapa. Tetapi jika anda belum berkeluarga, jangan takut untuk membaca buku seperti ini. Boleh diaplikasikan untuk adik - adik anda, anak - anak saudara anda, sepupu - sepupu anda atau anak - anak murid anda jika anda seorang pendidik. Lagipun, InsyaAllah suatu hari nanti anda juga akan jadi ibu bapa. Tidak salah untuk belajar dari sekarang kan? Ilmu yang bermanfaat tidak akan sia - sia. Percayalah! ;)
Ada suatu kisah yang saya ingin kongsi di sini. Kisah mengenai 2 orang saudara kembar. Hidup dalam keadaan yang susah dan porak peranda. Ayahnya seorang yang kejam manakala ibunya tidak pernah mengambil berat tentang mereka.
Mereka membesar dalam situasi yang sama tetapi apabila dewasa, mereka mempunyai cara kehidupan yang berbeza.
Abangnya menjadi seorang penjenayah yang kejam dan dipenjarakan selama 30 tahun. Apabila ditanya oleh wartawan mengapakah dia boleh menjadi seperti itu,
Dia menjawab 'Saya hidup dalam keluarga yang porak peranda. Bapa saya selalu mencederakan saya dan adik saya. Ibu saya tidak pernah mengambil berat pasal kami. Saya perlukan duit untuk hidup tetapi ibu bapa saya tidak pernah tolong. Maka saya terlibat dengan jenayah dan jadi begini akhirnya. Ini semua salah ibu bapa saya!'
Manakala adiknya menjadi seorang peguam yang berjaya. Suatu hari adiknya dijemput untuk memberi ceramah untuk berkongsi kisah kejayaannya. Apabila ditanya soalan oleh wartwan soalan yang sama,
Dia menjawab 'Saya dan abang saya hidup dalam keluarga yang porak peranda. Bapa saya seorang yang kejam. Ibu saya pula tidak pernah mengendahkan kami. Kami tidak pernah bahagia semasa alam kanak - kanak kerana kami tidak tahu apa itu makna bahagia. Saya memerlukan wang, maka saya belajar bersungguh - sungguh untuk lari dari kehidupan seperti itu. Saya tahu saya tidak boleh betulkan situasi bagaimana saya dibesarkan tetapi saya tahu saya boleh ubah dan bentuk masa depan saya agar lebih bahagia. Saya berterima kasih kepada ibu bapa saya atas apa yang telah diberikan. Jika bukan kerana mereka, saya tidak akan menjadi peguam pada hari ini. Saya belajar untuk tidak menjadi seperti mereka dan berazam untuk memberi mereka kehidupan yang baik'
No comments:
Post a Comment