Pages

Tuesday 23 August 2011

Anak Derhaka: Remaja Perempuan MAKI dan PUKUL Ibu OKU



Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] PETALING JAYA: Seorang ibu orang kelainan upaya (OKU) mendakwa dimaki maah dipukul anak perempuannya hanya kerana makanan yang disediakannya dikatakan tidak sedap di kediaman mereka di Petaling Utama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, ibu malang berusia 46 tahun berkenaan dikatakan menyediakan makanan untuk keluarganya seperti biasa sebelum anak gadisnya berusia 16 tahun menjamah makanan terbabit. Gadis terbabit mengamuk dan memaki-hamun ibunya sambil mengatakan makanan terbabit tidak sedap.

Menurut sumber, suspek kemudian mencapai cawan plastik yang berada berdekatan lalu menghentak kepala ibunya berkali-kali sambil memaki-hamun.

“Mangsa tidak dapat mempertahankan dirinya berikutan keadaannya yang berkerusi roda dan lemah.

“Lebih keji apabila suspek sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa hanya kerana tidak berpuas hati dengan masakannya,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, ini bukan kali pertama wanita OKU itu diperlakukan sebegitu, malah sebelum ini, mangsa pernah membuat laporan polis berikutan suspek memukulnya hanya kerana perkara kecil.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...