Pages

Tuesday 23 August 2011

Anak Tumbuk Ibu Sampai Koma


Gambar Hiasan



Tanggang moden. 

Walaupun si anak ini memohon maaf daripada ibunya, namun hal itu tidak dapat menghilangkan fakta bahawa dia pernah menumbuk ibunya sehingga parah. Sedangkan anak ditegah untuk berkata "ah, eh" kepada ibu, lelaki lahanat ini menyakiti ibunya secara fizikal.

Saya petik:
[BH] CHUKAI: Seorang bakal pengantin menumbuk muka ibunya sehingga wanita itu terjatuh dan koma di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, selepas berang ibunya lambat membuat persiapan majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 6 November ini.

Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari kelmarin, wanita berusia 49 tahun itu mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya itu, sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini, dikatakan baru pulang daripada tempat kerjanya, manakala ibunya sedang mengemas rumah.

Katanya, suspek kemudian bertanyakan perkembangan persiapan perkahwinannya seperti pelamin, barangan hantaran dan jamuan kepada ibunya sebelum kejadian.

“Bagaimanapun, kerana kepenatan, tercetus salah faham antara kedua-dua beranak itu menyebabkan berlaku pergaduhan kecil hingga suspek secara spontan menumbuk muka ibunya dengan kuat sebelum wanita itu terjatuh ke lantai lalu terkena meja kopi,” katanya.

“Akibat kesan tumbukan itu, ibu suspek turut mengalami patah tulang kening, sementara hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.

“Wanita itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan teruk sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, ibu malang itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan dilihat mula sedarkan diri petang ini (semalam),” katanya.

Abdullah berkata, polis sudah menahan reman anak ketiga mangsa berumur 25 tahun selama seminggu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun.- Suhaidi Mohamed Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...