Pages

Thursday 11 August 2011

Ponteng Sekolah... Mrempit... Maut Jatuh Gaung!... Pengajaran Untuk Semua!


Budak ponteng sekolah untuk merempit, ditemui mati atas pokok dalam gaung

Hanya takziah yang dapat saya ucapkan…kepada pelajar-pelajar sekolah, harap perkara ini jadi pengajaran. Pertama, jangan ponteng sekolah, dan kedua jangan merempit tak tentu pasal…kesian la pada mak bapak dan sedara-mara.
Gambar: KAKAK mangsa, Siti Suraini (dua dari kanan) menangis melihat mayat Mohd. Ridzuan di Rumah Mayat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.
Mati tersangkut pada pokok
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
KANGAR – Jika kebiasaannya pelajar yang ponteng sekolah menjadikan pusat siber atau tempat membeli-belah sebagai lokasi untuk melepak namun lain pula kerenah bagi enam sekawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abi di sini kelmarin.
Enam pelajar itu memilih untuk meraikan hari ponteng sekolah mereka dengan menunggang tiga buah motosikal mendaki bukit di Kampung Tok Lalang di sini.
Namun, keseronokan itu membawa igauan ngeri kepada kumpulan pelajar tersebut apabila salah seorang daripada mereka maut apabila motosikal yang ditunggangi ketika menuruni bukit terbabas lalu jatuh ke dalam gaung.
Semasa kejadian pada pukul 12 tengah hari, mangsa Mohd. Ridzuan Baharom , 14, ditemui mati tersangkut pada sebatang pokok tepus dalam gaung yang mempunyai kedalamankira-kira 50 meter.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian sekolah hanya ditemui pada pukul 12.30 tengah malam iaitu selepas lebih 12 jam dicari oleh rakan- rakan, polis dan penduduk kampung.-Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...