Pages

Thursday 11 August 2011

Polis tunggu DNA mayat bayi digigit anjing liar

SHAH ALAM – Polis akan menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mayat bayi yang ditemui orang awam di Jalan Padang Tembak berdekatan Lapangan Terbang Subang Jumaat lalu bagi memburu mereka yang terlibat.
:Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bedah siasat yang dilakukan mendapati bayi yang tidak lengkap anggota badan itu dilahirkan tidak cukup bulan.
“Hasil bedah siasat mendapati bayi yang disahkan jantina lelaki itu berusia enam bulan dalam kandungan dan menunggu hasil laporan ujian DNA sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh pagi semalam.
Jumaat lalu, mayat bayi berkenaan ditemui dengan keadaan tidak lengkap apabila satu daripada tangannya bercerai daripada badan akibat digigit anjing liar kira-kira 4 petang.
Arjunaidi berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.//sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...