Pages

Wednesday 27 July 2011

Guru Pedalaman VS Guru Metropolis

Guru Pedalaman Vs Guru Metropolis


Pada saya jika menjadi seorang guru di pedalaman itu menjadi suatu ketakutan kerana kemudahan dan infrastrukturnya yang agak berbeza dengan kawasan di luar pedalaman, harus juga kita fikirkan kepada pengaruh dan cabaran persekitaran metropolis yang terkadang kita terpaksa menerima dugaan di luar jangkaan.

Nakal murid pedalaman mungkin bawa lastik ke sekolah, nakal murid metropolis mungkin bawa pistol. Kalau pistol air tu boleh tahan lagi babe, tapi kalau pistol yang real? Anak-anak pedalaman kalau habis bergurau pun duk main tarik-tarik rambut, tapi kat metropolis ni terkadang hubungan seks pun boleh jadi bahan gurauan.

Sorok semua hilai tawa, ingat kembali peristiwa murid sekolah rendah di daerah Dungun, Terengganu yang telah melahirkan anak seterusnya terpaksa mengambil UPSR di hospital. Mohon dijauhkan segala yang seharusnya dijadikan sempadan.

Ibu bapa murid pedalaman membela guru terkadang lebih daripada anaknya sendiri. Datang rumah cikgu bawa ulam, buah-buahan, burung comel buat peliharaan. "Cikgu ajarlah anak saya untuk kebaikan dengan apa jua cara sekalipun, asalkan tak patah, tak buta, tak tuli anak saya," tu ayat mereka.

Mertopolis? Datang rumah guru bawa surat saman, ugut bagai. "Kenapa cikgu denda anak saya berdiri dalam kelas tadi hanya kerana anak saya tak siapkan tugasan tanpa alasan? Itu dah menjatuhkan maruah anak saya, saya boleh saman cikgu!" Wah, sila garu kepala!

P/s: Campak ke darat boleh jadi gunung, campak ke laut boleh jadi pulau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...