Pages

Monday 10 October 2011

Warga Emas MATI Selepas Anak Jual Lembu


ALOR STAR: Seorang warga emas merajuk hingga mati apabila mayatnya dijumpai di Kampung Kubang Lintah, Padang Perahu, dekat sini, semalam, selepas dia meninggalkan rumah sejak enam hari lalu kerana merajuk dengan seorang anaknya yang menjual lembu miliknya.

Operasi mencari oleh 15 anggota polis diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairi Kamil menjumpai mayat Mat Zain yang masih berpakaian lengkap iaitu berkemeja-T putih dan berseluar biru gelap serta memakai but getah. Berdasarkan keadaan tubuh mayat yang ditemui, polis mengesahkan mangsa telah meningal dunia dalam tempoh masa lebih 24 jam. Terdapat juga kesan kecederaan di tangan kirinya dipercayai akibat digigit haiwan liar.

Seorang saudara Mohd Ani Yahya, 67, berkata Mat Zain Mahmud, 80, dikatakan keluar dari rumahnya di kampung berkenaan Selasa lalu selepas kecewa dengan tindakan seorang daripada lima anaknya menjual sebahagian daripada tujuh lembu yang dipelihara tanpa pengetahuannya.

Mangsa telah keluar berjalan kaki ke ladang getah dan hutan berhampiran rumahnya sebelum mayatnya yang lengkap berpakaian dijumpai kira-kira jam 11 pagi semalam, 500 meter dari rumahnya. 

Polis dengan bantuan anjing pengesan menemui mayat Mat Zain dalam keadaan mengiring di dalam hutan berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...