Pages

Monday 10 October 2011

[Video] Aksi Sekadar Lakonan? Kalau Lakonan Tidak Berdosalah...



Ah, kontroversi mahu pancing penonton! Taktik lapuk!

Kadang-kadang lucu + geram apabila pengarah dan pelakon mempertahankan sesebuah filem atau lakonan yang penuh dengan unsur maksiat dengan mengatakan bahawa semua itu dibuat untuk PENGAJARAN/TELADAN/KEBAIKAN kepada masyarakat.

Misalnya, pelakon dalam berita di atas menyatakan "jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan..." ketika menjawab pertanyaan yang membabitkan aksi panasnya dalam filem yang bakal ditayangkan nanti.  Cerita lanjut, sila baca keratan berita di atas.

Cuba fikirkan...

Mereka (pelakon/pengarah) melakonkan/mengarahkan aksi berpelukan, bercumbuan, mendedahkan aurat, berpegangan tangan, aksi porno ringan, dan sebagainya. Namun, semua "maksiat" itu seolah-olah dikecualikan daripada DOSA, seolah-olah semua perlakuan itu mengelakkan bapa dan suami daripada menjadi DAYUS kerana membiarkan si isteri atau si anak dipegang, dipeluk, dicumbu, dan mendedahkan aurat kepada umum semata-mata kerana lakonan itu bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Padahal (hakikatnya), aksi yang dipertonton itu menjadi ikutan generasi muda. Remaja/kanak-kanak yang tidak mengetahui "merempit", "kongsi gelap", "bohsia", "ringan-ringan", "seks" kini sudah mengetahuinya dan paling malang ada yang sudah mencuba-cuba perlakuan tersebut sehingga ada yang mengandung anak luar nikah, bergaduh, menghidap penyakit kelamin, dan sebagainya. Tidak percaya? Sila baca bagaimana aksi negatif mempengaruhi pemikiran kanak-kanak di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...