Pages

Monday 3 October 2011

Berikut antara KISAH BENAR penghuni Sahabat Insan Dan Iman Malaysia (SIDIM):

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:

Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, MENGHINA IBUBAPA DAN (MENYEBABKAN) IBUBAPA MENANGIS DISEBABKAN KEDERHAKAAN (ANAK KEPADA MEREKA BERDUA). (Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)

Berikut antara KISAH BENAR penghuni Sahabat Insan Dan Iman Malaysia (SIDIM):

Kes 1 : Azman, 16, Kedah.  TIDAK cukup MENGHERDIK ibunya dengan panggilan ANJING dan bapanya BABI, seorang pelajar berusia 16 tahun MENENDANG KEPALA bapanya ketika SUJUD di sejadah hanya kerana makanan tidak disediakan sekembalinya daripada berfoya-foya dengan rakan dan kesan HIDU GAM  berlebihan.

Kes 2 : Tahir, 18, Kuala Lumpur. MENGUGUT akan MENGEBOM IBUNYA jika tidak memberi wang. Malah, selepas jasad ibunya berkecai dan dia menemui TENGKORAK kepalanya sekalipun, dia akan BOM sekali lagi supaya HANCUR DAN LUMAT berikutan terjebak dengan satu kumpulan SAMSENG yang cenderung kepada kegiatan HIBURAN dan DADAH.

Kes 3 : Fauzi, 22, Kelantan. Merupakan seorang MAHASISWA universiti yang menghadapi masalah HALUSINASI akibat pembabitan dengan satu kumpulan muzik bawah tanah yang TIDAK mempercayai TUHAN dan bergelumang dengan DADAH, pernah terjebak dengan aktiviti MEMIJAK AL-QURAN, TERLUPA bahawa ibu bapanya masih hidup sehingga TIDAK menziarahi mereka untuk tempoh lama akibat terlalu sibuk dengan dunia SYAITAN.

ASTAGHFIRULLAH AL AZIM.. Pernahkah kita terfikir jika kita di tempat mereka yang DIHERDIK dengan panggilan BABI dan ANJING, DISEPAK KEPALA ketika SOLAT? Mahu DIBOM jasad ibu sehingga tidak tersisa oleh anak yang selama ini menjadi tempat bergantung harap? Dan, persoalan paling tepat, Apakah anak-anak kita ketika ini sudah mula menunjukkan sikap MENGUTAMAKAN KAWAN, MELAWAN, dan BIADAP? Jika ada, apakah sudah diusahakan untuk mengatasinya? “SUDAH ustaz.. sampai tak termampu dan putus harap rasanya…”. JANGAN MENGALAH sahabatku.. INSYAALLAH, masih ada HARAPAN dan JALAN untuk menjadi orang tua yang baik, yang mampu mendidik anak-anak kita kelak dengan didikan luar biasa lantas menghasilkan generasi-generasi penerus yang SOLEH dan SOLEHAH.

Bagaimana?

Cari kami, Didik Diri Resources (DDR), konsultan MOTIVASI REMAJA berdaftar (001509181-M) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan motivasi KHUSUS untuk golongan remaja yang terlibat dengan masalah sosial. Dikendalikan sendiri oleh Ustaz Ahmadi Haji Din (Pengurus & Motivator DDR) yang merupakan motivator “Turun Padang” dan berpengalaman sehingga Diiktiraf MASTIKA dan METRO Media Cetak No.1 Malaysia Sejak 2005! Antara perkhidmatan yang disediakan;

1)      Bengkel 50 VVIP Survivor (*akan diadakan pada 30 & 31 Julai 20011)

2)      Survivor Camp Malaysia (siri ke-23 sejak 2006)

3)      Konsultan Hajat & Bantuan Alternatif

4)      Kaunseling Anak Remaja Bermasalah (Motivasi diri, Terapi Kerohanian, Petua)
5)      Bantuan Anak Jarak Jauh
6)      Program Ziarah Ke Pusat Pemulihan Akhlak Remaja dan LAIN-LAIN.
*Untuk keterangan lanjut sila layari: www.motivasisurvivor.com dan hubungi kami: 019-3005053/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...