Pages

Monday 3 October 2011

Bekas Banduan TINGGALKAN Wang Berjuta-juta untuk Kebajikan



Kematian seorang penghantar makanan yang sering menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan amat menyentuh masyarakat Korea Selatan. Orang yang mengenalinya berpusu-pusu menghadiri upacara pengkebumiannya. Mereka memuji kemurahan hatinya walaupun hidupnya juga miskin.

Kim Woo Su, 54, meninggal dunia Ahad lepas, dua hari selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.

Walaupun Kim hanya bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan China, namun dia tidak lokek menyerahkan sebahagian daripada gajinya kepada Dana Kanak-kanak Korea sejak tahun 2006. Kim memperoleh gaji sebanyak 700,000 won (RM1,914) sebulan.

Paling mengejutkan, Kim meninggalkan wang insurans nyawanya berjumlah 40 million won (RM108,460) untuk kebajikan Dia membeli polisi insurans berkaitan dengan kemalangan jalan raya kerana risiko kerja yang dihadapinya setiap hari.

Kim Woo Sun menjadi yatim piatu pada usia 7 tahun dan pernah menjalani hukuman penjara kerana terlibat dalam jenayah ringan. Dia mula membantu kanak-kanak yang menjalani kehidupan yang sukar seperti yang pernah dialaminya enam bulan sebelum dibebaskan daripada penjara. Selain mengenangkan kisah lampaunya, dia berbuat demikian selepas membaca penderitaan kanak-kanak di negara itu.

P/s: Tidak banyak orang semurah hati Kim Woo Su!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...