Pages

Sunday 7 August 2011

Pelajar Ponteng Cedera Tertoreh Pisau di Tangan Ustaz, Cuba Perhatikan Situasinya

Saya petik:

[Kosmo] KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tertoreh pisau kecil yang dipegang seorang ustaz dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku ketika guru agama berusia 55 tahun berkenaan cuba menarik pelajar tingkatan dua itu yang berada di kelas bersebelahan kerana ponteng dari kelas sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ustaz berkenaan bertindak demikian selepas didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, Muhamad Hafidza Wajahid, 14, yang dikatakan sengaja keluar dari kelas untuk ponteng.

Sebelum kejadian, menurut beliau, mangsa ada berjumpa dengan ustaz terbabit dan meminta kebenaran untuk keluar membuang air kecil.

Namun, ustaz itu enggan membenarkan mangsa keluar kerana mengesyaki dia mahu ponteng kelas.


P/s:  Orang yang melihat isu ini secara sepintas lalu pasti akan menuding jari kepada ustaz yang terlibat dalam kes ini. Silapnya, sewaktu cuba memastikan pelajar di atas kembali ke kelasnya, si ustaz ini memegang pisau kecil. Tidak diketahui pula bagaimana dan mengapa si ustaz ini memegang pisau tersebut.

NAMUN, adakah peristiwa ini akan berlaku jika pelajar yang ditatang oleh ibunya ini patuh kepada arahan ustaz itu? Adakah kepalanya akan tercedera jika dia tidak melawan/meronta sewaktu ustaz tersebut menariknya ke kelas? Sudah pasti tidak bukan? Dalam berita di atas, tidak dinyatakan berlaku pergelutan antara ustaz ini dengan pelajar tersebut, namun senigat saya berita di TV pencacai semalam ada menyatakan perkara tersebut. Mengapa berlaku pergelutan, melainkan si pelajar ini bersikap degil dan tidak mematuhi arahan.

Dalam berita di TV semalam, si ibu dengan jelas meminta pihak sekolah menukarkan ustaz terbabit kononnya tidak mahu kejadian yang sama berlaku kepada pelajar yang lain. Dia tidak langsung melihat sebab dan punca  peristiwa ini berlaku. Sebenarnya, sikap dan pendirian yang sama turut diamal dan dipegang oleh kebanyakan ibu bapa hari ini. Jadi tidak hairanlah banyak ibu bapa menyerang sekolah kerana mempertahankan anak masing-masing.



P/s: Kalau dahulu penceramah dipanggil ke sekolah untuk memberikan motivasi, hari ini pelajar bermasalah terpaksa di hantar ke penjara untuk menyedarkan mereka. Di rumah mereka umpama ustaz/ustazah, di luar rumah mereka umpama samseng/ja****. Bayangkan betapa teruknya moral dan disiplin sesetengah pelajar hari ini! Anak anda PONTENG SEKOLAH? jumpa kami SEGERA; www.motivasisurvivor.com!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...