Pages

Sunday 7 August 2011

Pasangan Kekasih Khalwat di dalam Bilik Air Masjid




Saya petik:
[Kompas] SULAWESI BARAT: Sepasang kekasih yang sedang asyik berasmara, nyaris dipukul oleh orang ramai kerana berkelakuan tidak senonoh di dalam bilik air di sebuah masjid di Polewali Mandar, Khamis lepas.
Mereka ditangkap oleh seorang petugas masjid yang mahu masuk ke bilik air. Pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Berita tentang pasangan tersebut terus tersebar dan menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat setempat.

Mereka terus mengerumuni pasangan itu di perkarangan masjid. Mujur ada sekumpulan orang yang dapat meredakan kemarahan masyarakat dan menyelamatkan pasangan tersebut.

Lebih memalukan lagi, pasangan itu adalah bekas sebuah sekolah agama yang terkenal di daerah itu. 

Untuk mengelakkan kemarahan orang ramai yang kesal dengan kejadian itu, pasangan tersebut terus dibawa ke markas polis daerah Wonomulyo. Mereka ditahan sehingga ibu bapa masing-masing datang menjemput mereka di balai polis.

sunggupun kes ini berlaku di negara jiran, tetapi realitinya keadaan ini juga berlaku di negara kita. Pergilah ke masjid KLCC, dan sekitar Tasik Permaisuri KL.. baik waktu siang tambah pula waktu malam... hari minggu pula.. pasti anda TERKEJUT dengan keadaan itu. JANGAN AMBIL MUDAH dan baca sekadar tahu... berusahalah ke arah membendung masalah tersebut bersama kami di DDR. layari laman web kami www.motivasisurvivor.com firma motivasi KHUSUS untuk REMAJA yang terlibat dengan masalah disiplin dan SOSIAL!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...