Pages

Saturday 6 August 2011

KHALWAT : 'Kena hukum gantung sekalipun saya tak takut la .............'


TANJUNG BUNGAH – ‘Kena hukum gantung sekalipun dengan mahkamah saya tak takut’. Itulah jawapan berani seorang lelaki apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) malam kelmarin.

Kedua-duanya sanggup mencemarkan kesucian Ramadan dengan mendaftar masuk ke hotel yang semurah RM50 semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, hampir 14 penguat kuasa menyerbu sebuah hotel bajet di Pantai Miami Tanjung Bungah.

Didapati dalam sebuah bilik di tingkat satu hotel sepasang lelaki dan wanita Islam duduk berdua-duaan dan gagal membuktikan masing-masing mempunyai pertalian yang sah di sisi agama.

Ketika dicekup, lelaki berkenaan kelihatan seperti biasa dan mengikut semua kehendak penguat kuasa JAIPP, namun keadaannya berubah secara tiba-tiba apabila dikatakan hendak dibawa ke balai kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang atas kesalahan berkhalwat.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Lelaki itu dengan tiba-tiba memberontak dan dengan beraninya berkata jika hukuman gantung sekalipun dia tidak takut, malah Mahkamah Tinggi juga dia sudah biasa.

Bukan sahaja bertindak seakan menjerit dalam bilik hotel, lelaki itu turut menolak tangan tidak mahu dipegang penguat kuasa.

Manakala teman wanitanya yang turut ditahan bersama hanya mampu memujuk lelaki itu supaya bersabar.

Ketika dibawa turun, wanita itu mengaku datang ke hotel kerana bergaduh dengan keluarganya.

“Memang saya ada gaduh dengan keluarga, sebab itu datang ke hotel dan saya bayar separuh duit hotel sementara separuh dia bayar sebab saya tidak bawa duit banyak kerana keluar dari rumah tiba-tiba,” katanya.

Kedua-duanya dibawa ke Pejabat JAIPP Lebuh Pantai untuk disoal siasat dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk dibuat laporan polis.

Operasi yang bermula jam 10 malam itu dinamakan Ops Santai dan diketuai Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan.

Turut sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa, Jaafar Ismail dan 14 anggota penguat kuasa.

Khairul Azman berkata, ia adalah operasi Seksyen 27 atas kesalahan khalwat dan juga Seksyen 29 iaitu melakukan perkara tidak sopan di tempat awam serta yang pertama kali diadakan pada Ramadan kali ini.

Menurutnya, seramai tiga pasangan ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.

“Dua pasangan di kawasan lapang Queensbay Mall, dan sepasang lagi di Bayan Indah berhampiran Pantai Jerejak, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara.

“Manakala bagi Seksyen 27 atas kesalahan berkhalwat pula seramai dua pasangan yang ditahan,” katanya. 
 
Astagfirullahal'azim.. apakah usdah hilang rasa malu dan TAKUT pada ALLAH... Sudah lah BERKHALWAT... Tunjuk BERANI mencabar penguatkuasa... Kalau rasa diri tu hebat sangat.. KENAPA ANDA TIDAK GANTUNG DIRI SENDIRI SAJA MASA TANGKAPAN ITU DIBUAT????  Itulah realiti remaja kita sekarang ini, bukan sahaja sudah terlibat dengan MAKSIAT secara berleluasa... PANDAI pula mencabar HUKUM agama!.. sedihnya.. di bulan RAMADHAN pula.. Bagaimana dengan anak-anak remaja tuan/puan? sekarang ini mereka dimana? di rumah?atau keluar bersama TEMAN TERCINTA? anda yakin mereka mampu MENGAWAL NAFSU? yakin atau tidak itu HAK anda sebagai IBU BAPA.. kes-kes KETERLANJURAN memang banyak kami di DDR uruskan. bermula pada usia 15 tahun sampai la peringkat dewasa (20 thn ke atas).. semua dalam rekod konsultan kami. Bedasarakn rekod-rekod tersebut, umumnya melibatkan REMAJA bawah 18 tahun. Oleh itu, jika anda merasakan anak-anak anda sudah mula berkelakuan ANEH dan GANJIL apatah lagi dalam usia meningkat REMAJA.. BERBUATLAH sesuatu.. BAGAIMANA? Kami di DDR ada CARANYA.. sila layari laman web RASMI DDR: www.motivasisurvivor.com dan dapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang kami sediakan. BERSEGERA ITU LEBIH BAIK!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...