Pages

Friday 5 August 2011

Kantoi: Gadis dan Mamat Negro Kena Cekup Tipu Wang Bapa sendiri

 


Awek dan mamat negro kena cekup

Akibat terdesak untuk mendapatkan wang, seorang gadis sanggup bersekongkol bersama teman lelaki warga asing dengan merancang penculikan dan mendesak bapa sendiri membayar wang tebusan berjumlah AS$500,000 (RM1.5juta).

Bagaimanapun taktik mereka musnah setelah polis berjaya menghidu rancangan itu adalah satu penipuan malah kedua-duanya ditahan dalam tempoh 48 jam di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 23 Julai lalu.
Gadis tempatan berusia 23 tahun berkenaan dan teman lelakinya, warga Nigeria berusia 20-an adalah penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah (gambar) berkata, pada 21 Julai lalu, keluarga gadis itu yang berada di Kuching, Sarawak mendapat panggilan seorang lelaki kira-kira jam 3 petang, mengatakan mereka diculik dan hanya akan dibebaskan jika keluarga membayar wang tebusan itu.

Beliau berkata, selepas menerima panggilan, keluarga gadis tersebut sangat terkejut kerana menyangka anak perempuan mereka benar-benar diculik.

Menurutnya, bapa gadis itu, 53, yang bekerja sebagai akauntan kemudian membuat laporan polis di Kuching kira-kira 11.06 malam hari sama, berhubung kejadian.

“Hasil maklumat itu, kita jalankan siasatan sebelum dapat kesan kedudukan kedua-dua suspek dan menahan mereka di lobi sebuah hotel di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

“Setelah ditahan, kedua-dua mereka mengaku merancang penculikan itu dan meminta wang tebusan terbabit daripada keluarga suspek wanita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, siasatan awal dapati kedua-duanya merancang penipuan itu kerana kehabisan duit belanja harian, selain terdesak untuk membayar kos perbelanjaan program pengajian berkembar mereka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...