Pages

Saturday 16 July 2011

CINTA tidak SEMURAH harganya dengan SEBOTOL SABUN!




[HM] KUALA LUMPUR: Hanya kerana bergaduh dengan teman wanitanya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun nyaris maut apabila meneguk hampir sebotol air sabun dalam kejadian di rumahnya di Desa Tasik Sungai Besi, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang ditemui pengsan di tandas rumahnya dikejarkan ahli keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, untuk rawatan.

Difahamkan, remaja terbabit kini dilaporkan stabil.
Menurut sumber, berdasarkan keterangan diberikan mangsa kepada doktor, dia mendakwa mahu membunuh diri kerana bergaduh dengan teman wanitanya.

“Sebelum kejadian, mangsa memberitahu mengalami salah faham dengan teman wanitanya sebelum bertengkar ketika menghubunginya kira-kira jam 8 pagi.

“Mangsa yang cuba memujuk teman wanitanya itu untuk bertemu bagi menyelesaikan pertelingkahan berkenaan gagal sebelum mengugut mahu membunuh diri. Namun, teman wanitanya tidak percaya dengan ugutan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang hilang kawalan kemudian menelan hampir sebotol air sabun sebelum pengsan.

“Dia dihantar ke PPUKM oleh ahli keluarganya sebaik menemuinya terbaring di atas lantai tandas,” katanya.

Difahamkan, akibat perbuatannya itu, pihak hospital kini merujuk kes berkenaan kepada pakar psikiatri bagi menentukan tahap kesihatan sebenar pelajar terbabit.

Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
 
 
Apa nak jadi dengan remaja kita sekarang... Demi CINTA kononnya sanggup minum sebotol SABUN! Woit budak.. Keutuhan dan KESETIAAN dan percintaan BUKAN diukur dengan BERAPA LITER AIR SABUN yang kita teguk! KASIH dan CINTA tidak SEMURAH harganya dengan SEBOTOL SABUN! dan tindakan MEMBUNUH DIRI bukan jalan TERBAIK menemukan CINTA! Tak rasa BODOH ke anda memilih untuk meneguk sebotol SABUN semata-mata seorang WANITA? sudah PUPUSKAH kaum hawa atas MUKA DUNIA ALLAH ni? PASTIKAH dia jodoh anda sampai NYAWA sebagai CAGARANnya? INGATLAH wahai jiwa-jiwa yang tenang.. ALLAH berikan kita ISTERI sebagai AMANAH yang diPINJAMKAN bukan HAK MILIK MUTLAK.. jika yang sudah bergelar ISTERI pun bukan HAK MILIK? AWEK tu mana letak duduknya? Fikir bukan ke belakang TAPI ke HADAPAN! TAK KAN ALLAH tak tahu apa yang terbaik untuk kita!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...