REMBAU – Perselisihan faham antara sepasang kekasih berakhir dengan tragedi apabila teman wanitanya dirogol, manakala teman lelakinya pula dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawitberhampiran Chembong, dekat sini, 6 Ogos lalu.
Sinar Harian difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, sepasang kekasih berkenaan yang menaiki sebuah motosikal ketika itu dalam perjalanan dari Kota sebelum memberhentikan kenderaan berdekatan lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, dipercayai ketika pasangan berkenaan bertengkar, mereka didatangi sekumpulan lelaki seramai kira-kira empat ke lima orang berusia lingkungan 17 tahun hingga awal 20-an.
“Dipercayai teman wanita atau mangsa wanita mengenali salah seorang daripada kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, tanpa diduga salah seorang dari kumpulan berkenaan menarik tangan mangsa wanita dan membawanya ke dalam ladang berdekatan, lalu merogol mangsa.
“Teman lelakinya yang ketika itu cuba menyelamatkan mangsa tidak berjaya kerana dibelasah oleh kumpulan lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Difahamkan, pasangan berkenaan juga dipercayai disamun apabila dompet milik salah seorang mangsa hilang termasuk wang tunai berjumlah RM20 turut dikebas kumpulan berkenaan.
Mizan berkata, mangsa wanita akhirnya berjaya melarikan diri dan meminta bantuan di sebuah rumah berhampiran ladang berkenaan.
“Mangsa dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Pihak polis kini sedang mempergiatkan lagi gerakan memburu suspek utama yang dipercayai melarikan diri.
“Bagaimanapun, tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut seksyen 376 dan 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan samun,” katanya. -SH
P/s: Memang cari nahas. Bertengkar dalam ladang pada waktu malam tu apa hal?
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/08/lelaki-dibelasah-teman-wanita-diperkosa.html#ixzz1UmbI2Yth
Pages
Thursday, 11 August 2011
Lelaki dibelasah, teman wanita diperkosa. Malang atau cari nahas?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment