Pages

Thursday, 21 July 2011

Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi TAPI Otak Letak Celah Kaki!


Sekadar hiasan.

[HM] GEORGETOWN: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi ‘melencong’ ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu.

Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.

Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.

“Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA.

“Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan,” katanya.

Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kes-kes ZINA seperti ini sudah tidak menjadi satu berita yang menggemparkan di negara kita. Bukan mahu mengatakan bahawa tidak perlu rasa TERKEJUT dan sebagainya.. TETAPI, realitinya masalah ZINA melibatkan MAHASISWA universiti sudah BASI untuk dibincangkan. NAMUN, bagi IBU BAPA atau pihak KELUARGA pastinya ini sesuatu yang MENGECEWAKAN! anak yang diharapkan dapat membantu memperbaikan kehidupan keluarga suatu hari nanti SEDANG lena DIPELUKAN para JANTAN-JANTAN yang BERHIDUNG BELANG! Ibu bapa DITIPU mati-matian!  Siang Malam mendoakan anaknya berjaya dengan CEMERLANG dalam akademik tetapi MALANG, anak gadisnya SIBUK menjaja MARUAH dengan harga yang begitu MURAH! buktinya.. kami di DDR lebih kepada FIRMA TURUN PADANG.. Pergi ke LOKASI_LOKASI pilihan MAHASISWA universiti BERMADU ASMARA dan dapat MEREKODKAN puluhan malah ratusan KES-KES ZINA dan perlakuan SUMBANG mereka. Contoh lokasi pilihan MHAHASISWA IPTA adalah di Tasik Chempaka, Bangi, Selangor kerana di sana terdapatnya pelbagai institusi- pendidikan. Oleh itu, bagi ibu bapa yang risaukan anak-anak yang masih BERSEKOLAH supaya tidak tidak terjebak dengan masalah ini, bolehlah bertemu dengan KAMI di DDR untuk mendapatkan khidmat RAWATAN dan MOTIVASI serta perkhidmatan-perkhidmatan yang SESUAI dengan keadaan SEMASA khusus untuk anak-anak remaja anda!.

sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...