Fenomena Facebook , Ketagihan di Laman Sosial Maya yang semakin dirasai
Sebut saja Facebook, boleh dikatakan semua kenal? Sedikit pengalaman berkenaan Facebook yang berlaku pada diri sendiri.Pernah suatu ketika tak buka Facebook satu hari, rasa cam tak lengkap hidup ini, walaupun diri ini hanya buka Facebook kurang dari sejam sehari.
Satu entry yang agak menarik dari Kosmo :
Serba sedikit yang menarik pasal Entry INI :
1) FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.
2) Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.
3) Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.
Muka Buku (Facebook) lebih popular dari Ulat BukuLebih baik dari bermuka-muka ataupun buat-buat rajin membaca Buku
Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu
Aku pasti semua orang tau facebook itu apa, dan aku yakin ramai antara korang yang baca blog ni mempunyai akaun facebook, ye tak? Ok tanpa mukadimah panjang-panjang, di sini aku senaraikan beberapa keburukan facebook menurut pendapat dan pemerhatian aku.
gambar credit to mr google
1) Leka Bermain Game
Kalau korang perasan, dah makin banyak game baru dalam facebook yang wujud. Kepada yang memang gile dengan game, bila sekali dah terjebak, memang tak boleh nak tinggal dah. Memang dalam kepala asyik ingat game facebook je, pendek kata log in saje facebook, terus bukak game. Dan game ini boleh melekakan kita.
2) Melalaikan
Setuju tak kalau aku cakap facebook ini melalaikan kita? Masakan tidak, bila sampai saje office, on komputer dan terus terjah facebook. Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di facebook, tak juga. Tapi nak juga terjah walaupon takde apa-apa yang menarik. Hingga kite pon tak tau kenapa kite biarkan saje on facebook tu.
3) Memaparkan Gambar Yang Mengaibkan
Tau tak gambar yang mengaibkan itu apa? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula. Wah makin berganda-ganda lah saham tu, dah macam sistem piramid MLM pula.
4) Menghubungkan Kembali Kekasih Lama
Ini memang bahaya. Cukup bahaya kepada yang dah berumahtangga. Kalau berhubung tapi tidak menimbulkan apa-apa perasaan tak mengapalah, tapi bagaimana kalau berhubung dan menimbulkan kembali perasaaan yang pernah berputik satu tika dulu? Siap mengimbau kenangan-kenangan lama lagi tu, tak ke kes naya tu…
5 Luahan Di Wall
Ada pasangan bercinta meluahkan perasaan di wall kepada kekasih. Contoh ayat-ayat seperti “Papa, I love u so much!! Miss u like crazy, mama janji mama takkan tinggalkan papa hingga akhir hayat”, dan si kekasih hati pon membalas, “I love u too mama, papa pon macam tu juga”. Wah dah macam filem hindustan pula. Konon-konon nak bagitau pada satu dunia la yang pasangan ni memang setia dan sehati sejawa. Kalau dah bernikah tu tak heranlah juga, ni baru bercouple.
Tak perlulah nak luahkan perasaan tu pada umum, orang tau anda sedang dilamun cinta dengan melihat pada ‘Relationship status’ tu. Lagi satu, malu la sikit dengan golongan yang lebih tua bila membacanya. Contoh seperti adek beradek ke, ipar duai ke, makcik pakcik sedara, sepupu sepapat. Kan ke tak manis tu kan. Bukan apa, setiap percintaan tu belum tentu berakhir dengan perkahwinan. Maka kalau anda beriya-iya menulis sayang sayang di wall, tup tup satu hari hubungan ada masalah dan terputus di tengah jalan, bukan ke malu namanya tu.
Kepada pasangan yang telah berkahwen pula, ada dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall. Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.
6) Kekasih Gelap
Ada juga pasangan yang dah berkahwen mempunyai kekasih gelap di facebook. On facebook semata-mata nak berhubung atau chatting dengan kekasih gelap. Bukan tak tau yang masing-masing telah mempunyai suami atau isteri, tapi tetap juga menjalinkan hubungan dengan alasan sekadar suka-suka. Dan alasan sekadar suka-suka itulah yang menjadikan hubungan rumahtangga menjadi berantakan. Penyudahnya, anak-anak menjadi mangsa.
7) Terjebak Dengan Bisness Online
Ha ini lagi satu masalah. Semakin ramai peniaga online memperkenalkan barangan jualan mereka di laman facebook ini. Dan ini membuatkan golongan-golongan yang boros macam aku ni mudah terpengaruh, lantas terjadinya pembaziran. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita order barang itu ini, yerla, kebanyakan produk online ni memang cantik-cantik berbanding dengan yang jual di kedai maka mata pon menjadi rambang. Lebih-lebih lagi ianya tidak memerlukan kos minyak, hanya pilih saje di photo album, order dan bayar secara online. Memang mudah, akan tetapi duit mengalir pon cukup mudah. Ye tak?
Ha ini lagi satu masalah. Semakin ramai peniaga online memperkenalkan barangan jualan mereka di laman facebook ini. Dan ini membuatkan golongan-golongan yang boros macam aku ni mudah terpengaruh, lantas terjadinya pembaziran. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita order barang itu ini, yerla, kebanyakan produk online ni memang cantik-cantik berbanding dengan yang jual di kedai maka mata pon menjadi rambang. Lebih-lebih lagi ianya tidak memerlukan kos minyak, hanya pilih saje di photo album, order dan bayar secara online. Memang mudah, akan tetapi duit mengalir pon cukup mudah. Ye tak?
Ok setakat ini sajelah yang dapat aku kupas. Kalau ada pendapat yang lain, kita boleh bincangkan di ruangan komen di bawah.
Yang pastinya, setiap keburukan ada juga kebaikannya. Dan semua keburukan ini juga kite boleh mengubahnya kepada kebaikan lantas memberi manfaat yang sebaiknya kepada kita. Yerla, setiap perkara buruk itu, kite yang perlu berusaha untuk mengubahnya, tidak boleh hanya berserah pada takdir kan. Maka marilah kita sama-sama mengubah segala keburukan ini menjadi kebaikan dan kite manfaatkanlah laman facebook ini sebaik mungkin. Wah, ayat aku pon dah pusing-pusing, tapi takperlah, janji korang paham.
SILA LAYARI;
Web site : www.motivasisurvivor.com
Blog : http://motivasisurvivor.blogspot.com/
Facebook : http://www.facebook.com/pages/ANAK-DERHAKA/249953188364016?sk=wall
INSYAALLAH.. MASIH ADA JALAN UBAH NASIB KEHIDUPAN ANAK ANDA... SYARATNYA, JANGAN MUDAH PUTUS ASA!
ADAKAH ANAK-ANAK ATAU ADIK-BERADIK ANDA SUDAH MENUNJUKKAN SIKAP-SIKAP SI TANGGANG? MULA MENGHERDIK? MENGHEMPAS PINTU? MENGGELARKAN ANDA DENGAN GELARAN BINATANG? DAN MULA BUAT ANDA TERASA KECEWA? HIDUP BERTUHANKAN FACEBOOK? INSYALLAH, KAMI DI DIDIK DIRI RESOURCES (DDR) SEDIA MEMBANTU ANDA, ALHAMDULILLAH, SUDAH RATUSAN MALAH RIBUAN REMAJA SUDAH KEMBALI RASA BERTUHAN DAN BERIBU BAPA DENGAN IKHTIAR DAN USAHA TIDAK PUTUS ASA IBU BAPA MEREKA, KINI ANAK-ANAK MEREKA ALHAMDULILLAH SUDAH BERUBAH MENJADI ANAK YANG BAIK DARIPADA SEBELUMNYA.. TIDAK RUGI MENCUBA, RUGINYA APABILA MASALAH SUDAH SEMAKIN KRONIK DAN ANAK ANDA SUDAH TERLANJUR... BARU NAK CARI JALAN.. UNTUK BERHUBUNG DENGAN KAMI;
SILA LAYARI;
Web site : www.motivasisurvivor.com
Blog : http://motivasisurvivor.blogspot.com/
Facebook : http://www.facebook.com/pages/ANAK-DERHAKA/249953188364016?sk=wall
INSYAALLAH.. MASIH ADA JALAN UBAH NASIB KEHIDUPAN ANAK ANDA... SYARATNYA, JANGAN MUDAH PUTUS ASA!
No comments:
Post a Comment