Pages

Thursday 25 August 2011

Berhati-hati Di Jalanraya... Jadikan Berita Ini Sebagai Tauladan Kepada Kita Semua


TRAGEDI RAMADAN : Warga Tua TERPEROSOK Di Bawah LORI SIMEN



ARAU, 25 Ogos -- Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa kemalangan jalan raya, Mohamud Salleh, 61, yang tersepit di celah tayar lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Beseri-Mata Ayer dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Mata Ayer memperlahankan motosikalnya bagi membelok ke kanan berdekatan kawasan pembinaan jejantas di situ sebelum dirempuh oleh sebuah lori simen yang datang dari arah belakang. Mangsa diseret sejauh kira-kira 40 meter mengakibatkan bahagian badan mangsa hancur dan terperosok di bahagian tayar lori berkenaan dengan cebisan dagingnya bertaburan di atas jalan dan di celah tayar lori.


Mayat mangsa kemalangan jalan raya, Mohamud Salleh, 61, yang tersepit di celah tayar lori dibawa untuk dihantar ke rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, semalam.


Adik kepada warga emas yang maut dalam kemalangan jalan raya, Noor Hashimi Salleh, 38, membawa cebisan daging dan tulang abangnya, Mohamud Salleh, 61, ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, semalam.


Warga emas, Mohamud Salleh, 61, maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beseri-Mata Ayer dekat sini, semalam.

Selamat memandu di jalanraya, patuhi undang-undang jalanraya dan INGATLAH ALLAH SETIAP MASA DAN KETIKA WALAUPUN DI MANA ANDA BERADA... Anda Mampu Mengubahnya... khas dari kami di Didik Diri Resources (DDR).. Ramadhan Kareem.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...