Pages

Wednesday 14 December 2011

Taubat Nasuha | Syarat Taubat Nasuha




Taubat ialah pijakan pertama bagi setiap tingkatan spiritual dan maqam. Taubat ibarat bumi tempat mendirikan sebuah bangunan. Maka barangsiapa tidak punya tanah, ia tidak punya hal dan maqam. Sebagaimana orang yang tidak punya tanah dan kerana itu juga dia tidak punya bangunan.

Diantara syarat-syarat Taubat Nasuha yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah ialah :-
Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan sesekali mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan. 

Kesal (menyesali@insaf) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang telah dibuat. 
Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah. 

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya. 

Banyak sungguh dalil-dalil yang menceritakan akan perihal perkara taubat ini,antaranya ialah :

"Sesungguhnya Allah membentangkan kasihNya pada malam hari, agar pelaku dosa pada siang harinya bertaubat. Dan dia membentangkan kasihNYA pada siang hari agar orang yang berbuat salah pada malam harinya bertaubat. Demikianlah hukumNya hingga matahari terbit dari tempat terbenamnya" (HR MUSLIM DAN NASAI)

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hambanya selama ia belum sakaratulmaut” (HR AHMAD DAN TIRMIZI)

“Andaikata kalian berbuat dosa-dosa sampai mencapai langit, kemudian kalian menyesalinya, nescaya Dia akan mengampuni kalian” (HR IBNU MAJAH)


Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali berkata bahawa “Barangsiapa abai untuk menyegerakan taubat dengan menundanya, maka ia akan berada diantara dua jurang kekhawatiran yang sangat bahaya. Yang pertama ialah kegelapan-kegelapan maksiat yang akan bertompok dihati sehingga ia akan menjadi kotor berkarat dan tidak mudah hilang. Yang kedua ia akan didahului oleh sakit atau mati, sehingga ia tidak punya peluang untuk bertaubat lagi.”

Salah seorang sahabat pernah berkata bahawa “ Sesungguhnya kebanyakkan teriakan penduduk neraka lahir kerana menunda-nunda taubat.”

“Tidak ada suatupun yang lebih disenangi oleh Allah SWT daripada dua titisan iaitu titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di Jalan Allah”(HR TIRMIZI)

Ingatlah, telah tiba saatnya untuk melepaskan hawa nafsu, wahai orang-orang yang papa. Ingatlah, tiba saatnya kamu kembali menuju pintu Tuhanmu. Adakah kamu telah melupakan apa yang telah Dia berikan dan anugerahkan kepadamu. Tidakkah Dia telah menciptakan dan menyempurnakan penciptaanmu?. Tidakkah Dia telah menganugerahkan hati kepadamu?. Tidakkah kamu makan rezeki yang diberikanNya?. Tidakkah Dia telah memberikan kamu Iman dan menunjukkan kamu kepada Islam. 

Lalu apa balasan kamu kepadanya?. Kamu balas semua itu dengan kelalaian, tenggelam dalam memenuhi hawa nafsumu. Walaupun engkau telah jauh daripada Tuhanmu, jika kamu kembali kepadaNya, Dia pasti akan menerima dan meredhaimu.

“Wahai anak Adam, selama engkau berdoa dan memohon kepadaKu, Aku akan mengampuni dan menghilangkan bebanmu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosamu mencapai awan dilangit, kemudian engkau memohon ampun kepadaKu. Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, andaikata engkau mendatangiku dengan kesalahan sebanyak kulit bumi, kemudian engkau menemuiKu, dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatupun, niscaya Aku akan mendatangimu dengan sekulit bumi keampunan” (HR TIRMIZI dan dia menyatakannya hadis hasan)


Diceritakan dari Sahabat Nabi SAW bahawa Allah SWT berfirman :

“Wahai hambaKu, apabila engkau telah bertaubat dan kemudian merosakkannya, maka janganlah kamu malu untuk kembali kepadaKu untuk kedua kalinya. Apabila kamu merosakkan yang kedua kalinya, maka jangan sampai rasa malumu mencegahmu untuk kembali kepadaku pada kali yang ketiga. Apabila kamu merosakkan yang ketiga kali, maka kembalilah kepada Kamu pada kali yang keempat, Kerana Aku Maha Pemurah, tidak pernah Bakhil (kikir). Aku Maha Sabar, tidak pernah terburu-buru. Aku yang menutupi maksiat dan menerima orang-orang yang bertaubat. Aku mengampuni orang yang bersalah. Aku penyayang terhadap orang-orang yang menyesal dan Aku adalah Maha Pengasih. Siapakah yang bersandar pada pintu Kami lalu Kami menolaknya?. Siapakah yang bersandar pada perlindungan Kami lalu Kami mengusirnya?. Siapakah yang bertaubat kepada Kami lalu Kami tidak menerimanya?. Siapakah yang memohon ampun dari dosanya lalu Kami tidak mengampuninya?. Akulah yang mengampuni dosa-dosa dan menutupi aib-aib. Aku menolong orang yang susah. Wahai hambaKu, berdirilah dipintuKu, aku akan mencatatmu sebagai kekasihKu”

Apabila badan telah sakit,maka sia-sialah makan. Dan apabila hati telah buta kerana mencintai dunia,maka sia-sialah peringatan. Apabila hati telah keras,tidak bergunalah peringatan. Seperti tanah yang mati,hujan tidak berguna baginya. Sepertimana tidak berguna istighfar jika hati main-main,lalai,buta dan menghitam kerana banyaknya dosa dan lalai dari bertaubat.


Sumber Rujukan :


Kitab Tanwirul Qulub li Mu'amalati 'Allam al Ghuyub bagi Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...