Pages

Friday 25 November 2011

Usah Hanya Pandai Atur Bicara Andai Mahu Berubah: Renungan untuk Yang Ber- Bin dan Binti..

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku mulakan titpan ini dengan sebaris Lagu Entri ~ Mestica - Layar Keinsafan ~

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Aku cinta Allah. Aku cinta Rasulullah.

Wahai empunya nama Bin dan Binti! Semudah itukah menutur bicara manis! Apakah kata-kata itu diiringi muhasabah terhadap amalan? Dilihat di sana sini. Di blog mahupun Facebook. Menggunakan username atau nickname. Dengan GAH dan agungnya menggelarkan diri... Akulah Pendekar Islam. Akulah Mujahiduddeen. Aku  Laksamana Syahid. Aku Khalifah di Bumi Allah.

Lagi?

Akulah Muslimah Sejati. Akulah Mawar Mujahidah. Akulah Perindu Syurga Abadi. Akulah Pendamba Kasih Ilahi.
Akhir sekali, akulah Syauqatul Wardah. Mawar Berduri. Baik, mengutuk diri sendiri. MAAF, nama di atas adalah yang terlintas di fikiran. Jika sama, itu adalah kebetulan.Tiada kaintan dengan yang hidup mahu pun yang sudah dijemput Ilahi menemuiNYA di alam sana.

Rimas. Lemas. Benci dengan diri sendiri. Menangis. Cakap memang senang. Tulis memang mudah. Amalan bagaimana?


Benci. Hanya pandai menulis entri berjela-jela. Amalan entah bagaimana. Ah, lagi. Lemas! Lemas dalam kata-kata sendiri yang mengajak ke arah kebaikan. Hanya mampu menangis. Lemah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Rebah. Harus bangkit. Bangkit bersama bicara manis di bibir. Mesti bertindak. Bertindak bersama jemari yang gah menaip perkataan.
Aku malu. Aku malu dengan-Mu ya Allah! Ighfir dzunuubee…

 CERMIN di hadapanku ku tatapn lantas melontari persoalan demi persoalan yang memerlukan sebuah jawaban.  Sampai bila amalan di takuk lama? Kematian itu semakin dekat menghampiri. Mengancam waktu-waktu kehidupan yang tersisa.
Dapatkah diri merasa? Teruk. Sungguh diri ini malu.

Ada yang berkongsi mengatakan apabila berada di rumah, diri semakin lalai. Sewaktu di universiti, adalah juga program keagamaan yang diadakan untuk pengisian rohani. Ada juga ajakan ke majlis ilmu dan ceramah yang dijalankan persatuan tertentu. Dan juga sahabat-sahabat sekeliling yang sentiasa memberi peringatan andai diri terleka. Andai diri jauh mengelamun. Berangan perkara yang sia-sia.

Tetapi terasa semakin jauh dan sepi daripada-Nya kerana sendirian di rumah. Tiada lagi program atau ceramah yang memberi nafas segar terhadap iman yang ada kala naik dan ada kala menurun. Tiada lagi sahabat yang bisa mengetuk jiwa yang lagho. Kerana masing-masing berada di kejauhan.


Apakah puncanya? Mahu selesaikan masalah perlulah melihat dahulu kepada akar punca. Saya cuba meneropong.


Pertama, berkaitan masa. Masa yang ada dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin menonton televisyen sambil bergelak ketawa. Menghabiskan masa di hadapan laptop menonton cerita Korea? Atau terlalu lama menghabiskan masa melayari internet yang kebanyakannya lebih kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sehingga mengabaikan waktu solat? Bacaan dalam solat laju mengalahkan pembaca berita. Juga didirikan pada sisa-sisa waktu. Mungkin kerana ini jiwa terasa kosong. Hari-hari berlalu tanpa ada sebarang perubahan. Lalai.


Tidak salah sesekali mahu memberi hiburan atau ingin merehatkan minda. Tetapi usah seharian dihabiskan hanya untuk perkara begitu. Sehingga tiada masa untuk muhasabah diri. Monolog sepi memikirkan akhirat. Juga sehingga tiada masa memikirkan dunia. Berfikir apa yang ada dengan dunia yang dapat memberi manfaat dan pemberat pada neraca kelak. Berfikir bagaimana mahu menggunakan dunia untuk mendamba keredaan-Nya.


Sungguh, masa itu sering kali dilupakan manusia. Juga sewaktu tubuh cergas dan minda cerdas. Rasulullah telah berpesan, nikmat yang sering dilupakan adalah nikmat kesihatan (assihhah) dan masa lapang (al-faraagh). Seharusnya tersemat dalam hati. Setiap saat itu adalah ibadah.


Mudah tetapi payah. Mudah sahaja sambil berbaring memikirkan kejadian alam ciptaan Allah. Atau juga berfikir hikmah kejadian yang berlaku pada hari yang dijalani. Tetapi payah kerana tidur itu lebih menyenangkan hati. Tidak perlu berfikir banyak. Hanya perlu makan dan tidur. Mudah sahaja sambil berjalan atau melakukan sesuatu, basahkan lidah dengan zikir-zikir. Ataupun selawat. Tetapi payah kerana siulan lagu itu lebih memberi hiburan. Uh, diri hanya pandai bercakap. Mengutuk diri sendiri.

Demi Masa! ( Al-'Asr 103:1 )
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - ( Al-'Asr 103:2 )
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( Al-'Asr 103:3 )

 Semat ini dalam hati. Bukan sekadar baca. Hayati bersama.


Kedua. Puncanya. Tidak ingat mati. Mereka yang berfikir akan kematian, akan mengalirlah air mata keinsafan. Kerana menyedari betapa hidup ini singkat. Tiada masa untuk berehat. Jalani kehidupan dengan minda sering berfikir tentang ibadah. Bukan hanya memikirkan luluskah peperiksaan atau berjayakah menggapai 4flat. Tetapi juga berfikir bagaimana sewaktu melintasi titian sirat, luluskah? Bukan hanya memikirkan ingin menatap result yang tinggi setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Tetapi juga berfikir apakah amalan di dunia mampu membantu melepasi titian sirat seterusnya ke syurga?


Ketahuilah, setiap apa di dunia ini akan diperhitungkan kembali di akhirat. Akan dihisab kembali. Ustaz Pahrol Mohd Juoi memberi bicara tazkirah. Yang haram diazab, yang halal dihisab. Terkesan di hati saya. Tiada satu pun yang terlepas daripada pandangan Allah. Amalan akan diperhitungkan satu-satu dengan seketat-ketatnya.


Ada kata yang mengatakan. Manusia yang bijak adalah manusia yang merancang untuk mati.
Saat ini hati ingin benar menangis. Mengapa begitu lalai? Mengapa begitu seronok dengan dunia? Pejamlah mata wahai hamba. Ingatilah detik-detik kehidupan yang telah berlalu. Lihatlah yang telah kembali kepada Yang Menciptakan. Tidak terfikirkah bila pula giliran kita? Yang sewaktu ini begitu asyik dengan dunia?


Terlalu seronok mengumpul dosa. Peringatan yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Masuk telingan kanan. Keluar telinga kiri. Kerana lalainya hati mengingati sebuah kematian. Lalainya hati daripada memikirkan amalan. Yang bisa menolong bermula alam barzakh. Neraca timbangan. Juga untuk melepasi titian siratul mustaqim.


 Entah sampai bila harus begini. Kematian itu tidak mengenal usia. Tidak mengenal waktu. Bukankah sering kita melihat?  Yang dijangkakan pergi yang sakit, tetapi yang sihat terlebih dahulu dijemput Ilahi. Bukankah ini yang tertanam di fikiran? Yang tua mungkin pergi dahulu. Sedangkan tiada jaminan yang muda ini bakal hidup lagi pada hari esok.

Menangislah. Semat ini dalam hati.


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! ( Az-Zalzalah 99:7 )
 Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! ( Az-Zalzalah 99:8 )

Setiap orang inginkan perubahan. Yang pastinya mahukan kebaikan ke arah yang lebih baik. Saya tidak pasti apakah ada juga manusia yang merancang untuk menjadikan dirinya lebih teruk berbanding hari semalam.


Mahu melakukan perubahan. Kemahuan itu semestinya perlu ada. Itulah penolak pertama. Seterusnya keazaman yang tinggi. Niat hanya kerana Allah. Ini teramat penting. Kemudian tindakan. Saya kira ramai yang rebah saat tiba di peringkat ketiga. Saya mengutuk diri sendiri.

Keinginan. Keazaman. Tindakan.
Jika ingin berubah, semat dahulu ini dalam hati.
Mari melakukan perubahan!

Yang penting, ada usaha walau sedikit. Dan berusaha untuk istiqamah. Jangan putus asa. Mendekati Allah itu mana bisa mengenal erti penat, jemu dan lelah. Inilah kebahagiaan sebenar.

Semat dalam hati.

Hablun minallah dan hablun minannas.
Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia.

Anda kira yang menulis ini baik sangatkah? Menulis begini bukan bererti sudah baik. Masih terlalu banyak yang mesti dibaiki. Saya terasa perit tatkala teringatkan firman Allah dalam surah As-Saff, ayat 2. Yaa ayyuhallazeena aamanu, lima taquuluuna maa laa taf-‘aluun. Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan! Hati saya pedih. Terasa perit. Hati menangis lagi. Allahuakbar. Allah, Allah, Allah!


Dalam menulis, peringatan itu juga antara yang terselit dalam hati saya. Tatkala menulis, saya terasa sungguh hina. Pandai menulis tetapi mahu berubah juga liat. Malas. Letih. Alasan. Kononnya. Saya mahu berubah. Sedikit demi sedikit jika itu membuatkan diri istiqamah. Insya-Allah! Kerana amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.


Terima kasih sudi membaca. Saya amat berharap yang membaca mendapat manfaat walau pun mungkin sedikit sahaja. Kerana saya tidak punya banyak ilmu untuk dikongsikan. Mesti banyak belajar lagi. Juga terima kasih kerana sudi mengambil kertas dan menyalin. Insya-Allah, kita sama-sama beramal.

Akhir kalam, mari kita sama-sama renungkan firman Allah. Besar makna dan hikmahnya.


Surah Ar-Ra'du, ayat 11. Semat dalam hati.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"

 Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan….buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini….Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"





*** sumber;ISLAMITUINDAH ***


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...