Pages

Friday 7 October 2011

Penyerang membakar masjid dan al-Quran di Israel



Sebuah masjid di Tuba Zangaria, sebuah perkampungan Arab di utara Israel telah diserang dan dibakar pada dini hari Isnin, 3 Oktober.

Bangunan masjid terbabit rosak teruk sementara puluhan kitab Al Quran hangus dan slogan-slogan dalam bahasa Ibrani ditulis pada dinding masjid.

Didapati, slogan-slogan tersebut yang bermaksud menyokong tindakan kekerasan yang dilancarkan oleh kalangan ekstremis Yahudi.

Ia juga menyatakan penentangan kepada semua usaha untuk mengurangi penubuhan kampung-kampung penempatan baru Yahudi di wilayah Palestine yang diduduki Israel.

Dilaporkan, kononya Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu sangat marah melihat gambar-gambar kerosakan masjid tersebut.

Netanyahu mengatakan gambar-gambar tersebut mengejutkan dan tidak ada tempat di negara Israel boleh berlaku keadaan demikian.

Sehubungan itu, pihak polis Israel dikatakan telah menahan beberapa orang yang disyakki melakukan serang keatas masjid itu.

Ratusan warga Israel keturunan Arab telah berkumpul dekat masjid berkenaan memprotes tindakan pihak yang menyerang dan membakar masjid.

Mereka turut menyeru diadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran

Serangan-serangan seperti di masjid Tuba didapati meningkat dalam bulan-bulan terakhir dengan menyasarkan warga Israel dan Palestine - sumber BBC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...