Pages

Tuesday 27 September 2011

Susulan Gadis Dibakar di Ampang, Pelajar IPTA Dihadapkan ke Mahkamah



DIDAKWA BUNUH KEKASIH...Pelajar IPTA, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ampang, Selangor selepas didakwa membunuh seorang pelajar wanita yang juga kekasihnya, Nurul Awathif Mohd Shakir. - BH/Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Saya petik:

[HM] AMPANG: Seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan, dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, yang kelihatan bingung dan muram hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T coklat dan berkopiah hitam.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairi didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd Syakir, 19, di rumah No B-119 Apartment Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, dekat sini, antara jam 9 malam pada 4 September 2011 hingga jam 2.15 pagi pada 5 September 2011.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh diwakili peguam Zamani Dolmat.

Mahkamah menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...