Pages

Friday 30 September 2011

Kalau BERKEMBAN Pusing Macam Mana Pun BERKEMBAN Juga




Hari ini ada tersiar berita fasal gambar berkemban di atas. Sebelum itu, kita soroti asal usul cerita gambar berkemban ini.

Gambar di atas memaparkan antara peserta Pertandingan Pencarian Puteri Melayu 2011 yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada awal Mac lalu. Pertandingan itu mencetuskan kontroversi apabila lima finalis didakwa tergamak beraksi seksi di atas pentas.

Pertandingan itu dianjurkan untuk memilih seorang gadis Melayu bagi memegang watak heroin dalam filem Jebat yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun depan. Filem yang didakwa menelan kos sebanyak RM5.5 juta itu mencari watak Dang Wangi yang memiliki rupa paras klasik persis primadona Melayu, Latifah Omar.

Namun gara-gara aksi terlampau hingga sanggup berkemban, orang ramai yang hadir terkejut dan kesal apatah lagi semua finalis itu adalah gadis Melayu yang beragama Islam. Menurut laporanPancaindera, ada pemanggil mempersoal sebab pihak penganjur sanggup menggadaikan maruah anak gadis Melayu di pentas dengan menyuruh mereka beraksi berkemban bagi tontonan ramai. Jelas pemanggil itu, finalis pada mulanya memperagakan pakaian tradisional Melayu dengan selendang menutup dada dan bahu mereka sebelum selendang itu dijatuhkan ke atas lantai dan mereka berada dalam keadaan seperti berkemban.

Saya petik sedikit komen orang di akhbar itu:
Kenapa sanggup bogelkan gadis Melayu sampai macam tu? Sudahlah juara Pencarian Puteri Melayu 2011 itu menjadi milik pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail, Kampung Melayu Majidee.

“Bayangkan seorang gadis Melayu yang baru berusia 17 tahun sudah didedahkan dengan aksi sedemikian. Padahal dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini.
Jufry dan pemenang pertandingan serta ibunya. Wow, ibunya bertudung!

Hari ini dalam UM, Jufry, wakil syarikat yang mahu bikin filemJebat menolak dakwaan bahawa para peserta pertandingan itu berkemban dengan sengaja dan mendakwa selendang yang dipakai peserta terjatuh. Anda baca wawancaranya:

Bukan salah kami - Jufry Anuarepas kecoh pasal isu berkemban, Jufry teruk kena hentam sana sini. Apa yang Jufry nak katakan?
Kami sangat kecewa kerana apa yang berlaku berkaitan aturcara pertandingan bukan urusan kami. Kami pergi sebagai juri dan ambil kesempatan untuk memilih watak utama dalam filem pertama kami, Jebat. Itu saja.

Kalau syarikat Jufry bukan penganjur pertandingan itu, siapa penganjurnya?
Penganjur adalah Bridal House. Kami hanya penaja utama sahaja. Kehadiran kami sekadar mempopularkan pertandingan itu kerana kami menyediakan hadiah dan watak utama dalam filem kepada pemenang. Kami sebenarnya kalau boleh tak nak panjangkan isu ini, kerana kalau bercakap banyak takut orang tak percaya.

Tapi betulkah memang finalis sengaja disuruh berkemban atas pentas waktu pertandingan akhir itu?
Finalis tak berkemban. Mereka memakai alas selendang songket yang menutup bahagian dada dan bahu. Tapi secara tak sengaja, ada ketika alas tu terjatuh sikit ketika beraksi. Itu yang nampak berkemban dan jadi isu. Yang saya pelik, waktu finalis pakai baju tradisional yang menutup aurat dan bersopan, orang tak bercakap pula.

Jadi, memang tak ada syarat yang ditetapkan kepada finalis kena berkemban?
Kami tak tahu apa-apa pasal pakaian yang disediakan. Malah kami pun tak hadiri rehearsal untuk majlis akhir tu. Kami ada bukti yang finalis tak berkemban dan kami boleh tunjukkan rakaman video pertandingan itu.
Soalan ini yang mengkantoikan tukang jawab:
Macam pula dengan gambar ramai-ramai finalis selepas pertandingan berakhir? Semua finalis macam berkemban saja?
Waktu tu sudah pukul 11 malam lebih. Penghawa dingin di Plaza Angsana dah tutup. Jadi keadaan menjadi panas. Itu sebablah alas selendang songket di bahu finalis entah ke mana. Lagi pun ada finalis kena sesuaikan dengan selempang juara yang disarungkan. Perkara itu mungkin tak sengaja.

 Cakap lebih-lebih, tulis panjang-panjang, kalau sudah berkemban pusing macam mana pun BERKEMBAN juga! Yang jelas kelima-lima finalis bergambar dalam keadaan berkemban, malah lebih pelik apabila selendang kelima-lima finalis didakwa "terjatuh". Apa yang didakwa pula tidak selari pula dengan jawapan wakil syarikat filem, Jufry. Perhatikan wawancara di atas, bahagian yang dihitamkan teksnya,  jelas menunjukkan bahawa wakil syarikat filem seperti mencari alasan untuk mewajarkan tindakan berkemban itu. Penghawa dingin tutup? Panas? Api neraka lagi panas bro!

Saya mengutuk tindakan pihak penganjur termasuk syarikat filem ini kerana menganjurkan pertandingan yang mendedahkan aurat remaja perempuan dengan sedemikian rupa atas alasan untuk mencari bakat baharu dan sebagainya. Lebih malang, pemenang pertandingan itu berusia 17 tahun, masih di bawah umur, masih bersekolah dibiarkan menunjukkan tubuh badannya di khalayak ramai. Saya juga bersimpati dengan nasib mereka kerana ibu bapa yang sepatutnya menjaga maruah anak gadis seolah-olah merestui apa-apa yang berlaku.

 Malang!
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...