Pages

Wednesday 10 August 2011

Kisah Pilu : Selama 5 Tahun, Anak ini Memakan Rumput Agar Dapat Bersekolah.





 Ini adalah kisah nyata yang menggetarkan hati adalah seorang anak di China yang mendapat penghargaan tinggi dari pemerintahnya karena dinyatakan telah melakukan “PERBUATAN SANGAT LUAR BIASA”. 

Diantara 9 orang peraih penghargaan itu, ia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China. Yang membuatnya dianggap luar biasa ternyata adalah perhatian dan pengabdian pada sa ayahnya, yang senantiasa bekerja keras dan pantang menyerah, serta mempunyai perilaku dan ucapannya yang menimbulkan rasa simpati.

Sejak ia berusia 10 tahun anak ini ditinggalkan oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit keras dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama anak itu, hidup dengan sang ayah yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakitan. Secara umur ia adalah masih sangat terlalu kecil untuk memikul tanggung jawab yang berat ini, namun ia tetap berjuang. 

Ia bersekolah dengan berjalan kaki melewati hutan kecil. Kerana tidak sarapan, diperjalanan itu ia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang ia temui. 

Kadang-kadang ia mencuba memakan sejenis jamur atau rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak. Pulang sekolah, ia bekerja membelah batu-batu besar

Upah sebagai tukang batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari ia menggendong ayahnya kekamar mandi, menyeka dan juga memandikan ayahnya. Ia membeli beras dan membuatkan bubur untuk makan ayahnya.

Segala urusan ayahnya lainnya pun ia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauhnya tempat berubat membuat Zhang Da berfikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati sang ayah. 

Ia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku yang dia beli. Dia mempelajari bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah merasa mampu, ia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara penganugerahan penghargaan tersebut berlangsung, pembawa acara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da; 

”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pegawai, pengusaha, juga ada ratusan juta penonton telivisyen, mereka boleh dan akan siap membantumu nak!” 

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, ia hanya berkata;

 ”Aku tak mau apa-apa, aku hanya ingin Mamaku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang anak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun

Kesulitan hidup telah menempa anak tersebut menjadi sosok anak yang cekal dan pantang menyerah. Zhang Da boleh dibilang sangat langka kerana sangat berbeda dengan anak-anak moden. 

Ketika ini banyak anak yang segala sesuatunya selalu dimudahkan oleh orang tuanya. Kerana alasan sayang, orang tua selalu membantu anaknya, meskipun sang anak sudah mampu melakukannya. Ada anak yang sudah sekolah di SD masih disuapi, dan memakai bajupun masih dibantu.

Subhanallah.. sunggupun Zhang Da bukan seorang MUSLIM, namun peribadinya sungguh LUAR BIASA! Walaupun masih kanak-kanak TETAPI sudah taghu rasa tanggungjawab menjaga keluarga, khususnya AYAH. 

Namun, disebalik keluarbiasaan kanak-kanak ini, di Malaysia perkara sebaliknya yang TERJADI! Baru-baru ini penulis telah memaparkan kisah SEORANG IBU yang DITERAJANG dan DIGELAR dengan gelaran BABI oleh ANAK LELAKI dan PEREMPUANNYA sendiri! Ada pula kisah SAYU, seorang AYAH DIHENTAKKAN kepalanya ke dinding oleh ANAK LELAKINYA semata-mata kerena berang apabila disuruh untuk SOLAT! Penulis sendiri bersama Ustaz Ahmadi di DDR sering mendapat panggilan daripada ibu bapa yang menghadapi masalah anak-anak yang sudah HULANG rasa BERIBU BAPA! dalam diri anak-anak mereka. 

Baru-baru ini juga, kami telah menghantar seorang REMAJA lelaki 15tahun daripada HULU LANGAT kerana MENERAJANG si AYAH dan MEMAKI HAMUN ahli keluarganya! ke Rumah Insani (Pusat Pemulihan) kami di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. 

Oleh itu, kepada anda diluar sana yang mengalami NASIB dan MASALAH yang sama, BERSEGERALAH menghubungi kami! InsyaALLAH, kami cuba MEMBANTU anda memalui perkhidmatan yang kami sediakan. Untuk maklumat lanjut sila layari; www.motivasisurvivor.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...