Pages

Tuesday 9 August 2011

2 remaja dicekup di jirat Cina di malam Ramadan




KULIM - Sepasang kekasih masing-masing berusia 20 tahun dicekup kerana melakukan maksiat di dalam kereta oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) di kawasan jirat Cina di Tai San kira-kira jam 12.45 pagi, semalam. 
Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, PADK telah menerima maklumat daripada orang awam yang membuat rondaan di kawasan itu kira-kira jam 12.30 pagi. 
Apabila sampai di tempat kejadian, PADK mendapati pasangan terlibat masih berada di dalam kereta. Berikutan terkejut dengan kehadiran PADK, pasangan itu cuba melarikan diri tetapi gagal berbuat demikian kerana enjin kereta mereka mati. 
Ketika ditahan pasangan perempuan duduk di kerusi pemandu dalam keadaan kerusi direbahkan. 
“Dari siasatan awal mendapati, lelaki bekerja sebagai juruwang manakala pasangannya bekerja sementara di satu jabatan kerajaan di Kulim. 
“PADK telah dimaklumkan sebelum ini oleh orang ramai tentang aktiviti maksiat yang sering berlaku di kawasan ini. Pihak kami juga turut menemui sekotak kondom dan beberapa lagi yang telah terpakai di luar kereta,” katanya. 
Menurutnya, PADK menghadapi kesukaran untuk membawa pasangan perempuan ke balai apabila dia enggan keluar dari kereta. 
“Bagaimanapun setelah dipujuk teman lelakinya dan beberapa penguat kuasa, dia bersetuju dan dibawa masuk ke van. 
“Mereka akan disiasat di bawah seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1987. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. 
Beliau berkata, pasangan perempuan ditahan di Balai Polis Lunas manakala teman lelakinya ditahan di Balai Polis Kulim. 
“Mereka diarahkan membayar wang jaminan diri RM1,000 setiap seorang dan hadir ke mahkamah untuk dibicarakan pada tarikh yang akan ditetapkan. 
“Sekiranya ingkar berbuat demikian, mahkamah tidak ada pilihan lain selain mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan itu,” katanya. 
Azmi menasihatkan golongan remaja supaya tidak melakukan sebarang aktiviti maksiat sepanjang bulan Ramadan. 
“Bulan ini adalah bulan untuk kita menambah amalan selain memohon keampunan dari Allah terhadap dosa yang lalu. Di bulan ini juga Allah membuka pintu rezeki dan kemaafannya bagi mereka yang bertaubat. 
“Saya meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan segala perbuatan maksiat dilakukan kepada PADK. Dengan cara ini ia dapat diatasi,” katanya kepada Sinar Harian.-SH

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/08/2-remaja-dicekup-di-jirat-cina-di-malam.html#ixzz1UYql2x9f

Itulah realiti remaja kita sekarang ini, bukan sahaja sudah terlibat dengan MAKSIAT secara berleluasa... sedihnya.. di bulan RAMADHAN pula.. Bagaimana dengan anak-anak remaja tuan/puan? sekarang ini mereka dimana? di rumah?atau keluar bersama TEMAN TERCINTA? anda yakin mereka mampu MENGAWAL NAFSU? yakin atau tidak itu HAK anda sebagai IBU BAPA.. kes-kes KETERLANJURAN memang banyak kami di DDR uruskan. bermula pada usia 15 tahun sampai la peringkat dewasa (20 thn ke atas).. semua dalam rekod kami. Bedasarakn rekod-rekod tersebut, umumnya melibatkan REMAJA bawah 18 tahun. Oleh itu, jika anda merasakan anak-anak anda sudah mula berkelakuan ANEH dan GANJIL apatah lagi dalam usia meningkat REMAJA.. BERBUATLAH sesuatu.. BAGAIMANA? Kami di DDR ada CARANYA.. sila layari laman web RASMI DDR:www.motivasisurvivor.com dan dapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang kami sediakan. BERSEGERA ITU LEBIH BAIK!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...