Pages

Friday 15 July 2011

Khalwat dengan kakak ipar

 ALOR SETAR: Helah seorang lelaki konon dia bersama isterinya menyewa bilik sebuah motel di Jalan Suka Menanti, di sini, bagi mengelak dicekup berkhalwat tidak menjadi apabila wanita itu sebenarnya adalah kakak iparnya.

Lelaki berusia 30 tahun itu mulanya memberi alasan mereka mempunyai surat nikah, namun selepas siasatan terhadap wanita berusia 32 tahun itu mendapati kenyataan mereka bercanggah dan cuba menipu anggota penguat kuasa.


Dalam serbuan jam 4.45 petang kelmarin, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menyerbu premis berkenaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Lelaki berasal dari Myanmar dan beragama Islam itu memberi alasan membawa wanita itu menyewa bilik itu hanya untuk mandi sebelum pergi melawat isterinya yang baru melahirkan bayi lelaki di Hospital Jitra (HJ).


Pegawai Penguat kuasa Jaik, Mohd Khairil Naim Johari berkata, sepasukan anggota Jaik yang tiba di motel itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah bilik di tingkat bawah motel itu berkunci daripada dalam.


Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu kira-kira 10 minit kemudian dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar bilik disewanya.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita yang menyorok dalam bilik dan tergesa-gesa memakai pakaian dalam keadaan ketakutan.


“Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dibawa lelaki berkenaan ke motel itu untuk melihat adik perempuannya yang juga isteri lelaki itu yang baru melahirkan anak manakala lelaki itu memberi alasan wanita itu sebagai isterinya,” katanya.

Semakin menjadi-jadi kes-kes macam sekarang ni.. ADIK dengan ABANG.. ANAK dengan AYAH/IBU.. CUCU dengan ATUK sekarang nie.. ADIK IPAR dengan KAKAK IPAR pulak???? Na'uzubillah minzalik... APA nak jadi dunia sekarang ni.. semakin TAKUT nak bernikah rasanya... bukan bimbangkan diri saja... anak-anak dan keturunan kita nanti macam mana la UJIANNYA... Iya la.. hari ni hari dia.. ESOK lusa mana tahu kena batang hidung kita pulak... Ya ALLAH.. Aku mohon YA ALLAH... Jauhkanlah aku, keluargaku, dan kaum muslimin daripada semua ini YA ALLAH!..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...