Pages

Saturday, 16 July 2011

2 Gadis, 2 Kisah Rogol, & 2 TELADAN


Cik ZT

Sebentar tadi saya "pertikai" berita HM, kali ini saya ambil berita di akhbar itu untuk panduan dan pedoman.

Seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar termasuk HM, seorang gadis yang mendakwa menjadi pemuas nafsu serakah bapa tirinya selama 14 tahun kesal kerana walaupun laporan polis tentang kejadian itu sudah dibuat selepas dia nekad melarikan diri dari rumahnya di Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani, Kedah pada 2008, namun tiada tindakan diambil. Malah, bapa tirinya itu hingga kini masih bebas.

Mangsa yang hanya ingin dikenal sebagai Cik ZT, 28, berkata perbuatan lelaki lahanat terbabit langsung tidak berhati perut kerana menjadikannya hamba seks sejak bertahun-tahun lamanya hingga hidupnya sentiasa berada dalam ketakutan.

Bercakap dalam sidang media di Wisma MCA, semalam, dia berkata, kali terakhir dia diperkosa bapa tirinya yang berusia 58 tahun itu adalah pada 23 November 2008, kira-kira jam 6.30 petang selepas lelaki terbabit membawanya ke Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani.

Bertekad untuk mengakhiri penderitaan itu, dia meloloskan diri pada keesokan harinya.

Pada usia 11 tahun, saya kehilangan dara apabila dirogol bapa tiri dan sejak itu, saya sering diperkosa tanpa mengira masa dan tempat." 

“Saya juga dilarang keluar rumah dan berkawan selain diugut tidak menceritakan perbuatannya itu kepada sesiapa pun."

“Saya tidak berani melaporkan perbuatannya itu kepada mak kerana sangat takut lelaki itu akan mencederakan saya,” katanya kepada media.

Sementara itu,di Petaling Jaya, seorang ibu yang terbaca diari anak gadisnya terkejut apabila mendapati anaknya itu menjadi mangsa rogol bapa saudara sejak tahun lalu. Difahamkan, mangsa yang berusia 16 tahun sering menjadi pemuas nafsu bapa saudaranya yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta.

Menurut sumber, mangsa meluahkan rasa bersalahnya itu dalam diari kerana tidak berani memberitahu sesiapa selepas diugut akan dicederakan lelaki terbabit.

“Mangsa terpaksa tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya di Kota Damansara selepas ibu bapanya bercerai pada 2006."

Sumber berkata, sejak itu, mangsa sering kali dijadikan alat pemuas nafsu bapa saudaranya.

“Mangsa pada mulanya cuba melawan, namun terpaksa mengalah selepas gagal menghalang lelaki itu daripada memperkosanya,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, penderitaan mangsa terbongkar apabila ibunya yang melawatnya di rumah itu terkejut apabila membaca diari berkenaan.

P/s:  Anda perasan, kedua-dua mangsa menjadi pemuas nafisu lelaki lahanat kerana perceraian kedua-dua ibu bapa mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...