Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.
(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2654 (Kitab al-Syahadat, Bab apa yang diperkata berkenaan sumpah palsu)
Sebagai ibu dan ayah, air mata sering tumpah mengenang perbuatan mereka yang tidak wajar sebagai seorang anak. Keluarga yang aman mula berantakan. Anak-anak yang mula kenal dunia, semakin tak kenal dengan ibu dan ayah sendiri... Didikan dan kasih sayang yang diberikan selama ini bagaikan tak menjadi. Seperti air yang tumpah ke daun keladi.
Anak yang sepatutnya mampu berdikari, kini tak kenal diri sendiri. Asyik enjoy, enjoy, enjoy dan enjoyyy.... sampai MATI! Paling menyakitkan hati apabila anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh selama ini, tiba-tiba meninggi suara dengan kita. Terkedu sebentar kita dibuatnya. Astaghfirullah.....itulah zikir yang mampu kita lafazkan di hati.
Anak yang tersayang mulai dinasihatkan dengan berhati-hati agar hatinya tidak terusik sama sekali. Tutur kita sebagai ibu dan ayah begitu halus dan lembut sekali. Dengan harapan agar terbuka pintu hatinya mendengar ungkapan nasihat penuh bermakna supaya kembali ke pangkal jalan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Tak cukup dengan lisan sahaja, diselang-seli tangan membelai lembut kepala anak tersayang. Agar kulitnya terasa tangan itulah yang bertanggungjawab membesar dan membelanya selama ini. Bukan lisan dan tangan sahaja berperanan, hati yang sensitif mulai tersentuh. Airmata yang ditahan-tahan mulai melimpah keluar. Suara yang tenang diulam kata dan bahasa terkawal sedari awal, mulai sebak. Emosi merintih dan merayu mulai membuak keluar. Semuanya berlaku dengan spontan. Bukan dipinta-pinta.
Hasilnya...
Anak tersayang menoleh memandang muka kita dengan dahinya yang berkerut. "BOSAN!"tinggi suaranya sambil menepis kasar tangan yang membelai kepalanya. Lalu bangun terus ke biliknya dan menghempas pintu sekuatnya. Tak lama kemudian dipasang radio dengan bunyi yang kuat. Terpana kita... Terasa halilintar tembus ke telinga terus menusuk ke hati."Bukan ini yang aku ajar selama ini..." kata hati. Hati ibu atau ayah mana yang tidak pedih, jika anak sudah berperangai begitu. Laksana cerita lama 'Si Tanggang Anak Derhaka'. Nauzubillah min zalik... Minta dijauhkan Allah dari menjadi anak yang derhaka. Sesuatu mesti dilakukan... Ya!!! Sesuatu mesti dilakukan sebelum terlambat!!!
Peserta Homestay 1
(13 tahun- Putrajaya)
[Tempoh pemulihan- 1 minggu]
Testimoni;
"Pengalaman saya di homestay ni, banyak saya pelajari untuk berubah. Setiap hari saya akan membaca Al-Quran, solat fardu berjemaah, sulat sunat rawatib, solat sunat dhuha, solat sunat witir, tahajjud, taubat dan solat sunat hajat. Selain itu, saya belajar dan membaca zikir-zikir yang diajarkan kepada saya seperti zikir tauhid dan zikir fatimah. Fasilitator di sini tegas dan tahu isi hati orang. Saya harap program ini terus berjalan dnegan lancar untuk membantu kawan-kawan di luar sana yang terlibat dengan masalah sosial macam saya. di sini, paling penting kena ikut arahan, kalau tidak kena denda. Di rumah ustaz sawal dapat makan makanan yang sedap-sedap sebab nenek pandai masak. layanan di sini seperti keluarga sendiri dan saya tidak terasa terasing. Semua ini mengajar saya untuk lebih berdisiplin, sabar, berdikari dalam hidup. terima kasih kepada semua..."
Peserta Homestay 2
(15 tahun-Bandar Baru Bangi, Selangor)
[Tempoh pemulihan- 1 minggu]
Testimoni;
" Selama dua minggu saya di program homestay ini saya telah mempelajari pelbagai benda baru yang saya tidak tahu sbebelum ini. sepanjang saya di sini, saya dapat menilai tahap prestasi saya dalam beribadah kepada Allah S.W.T. Saya bersedia untuk memulakan hidup baru di luar sana, insya-allah. Homestay ini banyak mengajar saya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan berdisiplin. Jadualnya sangat ketat dan padat tetapi berkesan kepada saya. Di sini, saya belajar dan memahami asas fardu ain (solat dan bacaan serta maknanya), berqiamullail setiap hari dan banyak berzikir dan membaca Al-Quran. Selain beribadah, saya berpeluang pergi bersiar menyaksikan keindahan alam di sekitar kampung dan pantai Morib. Fasilitatornya sangat tegas bab ibadah dan disiplin semata-mata untuk menyedarkan saya supayar hidup beragama dan beribu bapa..."
Peserta Homestay 3
(16 tahun- Bangi, Selangor)
[Tempoh pemulihan- 2+1 minggu]
Testimoni;
" Saya telah menjalani program homestay survivor ini selama 2 minggu 5 hari. Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira kerana sepanjang berada di sini saya tidak ketinggalan untuk solat secara berjemaah pada setiap kali solat fardu berbanding sebelumnya. Saya sangat berterima kasih dengan fasilitator kerana telah mendidik, menasihati, dan mengajar saya tentang kepentingan dan kewajipan solat, dan siapa sebenarnya diri kita yang selalu sombong berjalan di bumi Allah ini! Setiap hari, saya berpeluang mendirikan solat malam. Alhamdulillah, saya juga sudah hafal Surah Yasin, juzu' 30 (surah-surah lazim), dan mengetahui beberapa jenis zikir (zikir fatimah, zikir Nabi Yunus, zikir tauhid dll..) Insya-Allah, saya berazam mulai pada saat ini saya akan mulakan hidup baru sebagai muslim yang bertuhan dan beribu bapa..."
Peserta Homestay 4
(16 tahun- Kajang, Selangor)
[Tempoh pemulihan- 2 minggu]
Testimoni;
" Saya berterima kasih kepada ustaz Sawal dan ustaz Fitri kerana telah mnjaga dan mendidik saya selama seminggu berada di sini. Di sini, saya lebih berasa lapang tanpa memikirkan hal lain melainkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Di sini juga, sedikit sebanyak dapat mengenali diri saya selain berpeluang untuk menjaga solat berjemaah, mempelajari zikir-zikir dan membacanya beratus kali setiap selesai solat fardu mahu pun sunat, dan berjaya menghafal semua 83 ayat daripada Surah Yasin, Surah-surah lazim, dan asas-asas fardu ain khususnya soal SOLAT. Jadualnya sangat ketat, dan sentiasa diawasi oleh fasilitator yang tegas. Saya belajar bagaimana untuk bersabar, kawal emosi dan ego. Motivasi yang diberikan sangat berkesan dan difahami sama ada secara lisan atau audio.Terima kasih semua..."
Peserta Homestay 5
(16 tahun- Damansara, Kuala Lumpur)
[Tempoh pemulihan- 2+1 minggu]
Testimoni;
" Selama tiga minggu saya berada di homestay ini saya banyak belajar tentang perkara-perkara dalam solat dan begitu banyak doa-doa yang perlu dipelajari dan dihafal. Di sini, saya merasakan diri saya begitu dekat dengan Allah S.W.T. Ini Kerana, saya diajar untuk menghafal dan memahami maksud setiap bacaan dalam solat bermula daripada niat hinggalah memberi salam. Di sini, wajib membaca dan menghafal surah yasin dan surah-surah lazim selain ayat-ayat manzil, zikir, dan doa. Alhamdulillah, daripada membaca tersangkut-sangkut sampailah dapat membaca dengan lancar dan jelas. Layanan dan diberikan sangat baik. Di sini tidaka da istilah MANJA.. tetapi lebih menekankan soal DISIPLIN dan BERDIKARI. selian aktiviti di dalam rumah, saya juga di bawa beriadah di sekitar kampung, pantai morib, pantai kelanang untuk menghilangkan stres. fasilitator di sini sangat TEGAS dan GARANG tetapi mereka banyak mendisiplinkan saya, menyedarkan saya dan paling penting mengajar saya dalam hal amal ibadah... jadual hariannya sangat ketat dan begitu padat tetapi masih ada ruang untuk beriadah..."
`Peserta Homestay 6
(19 tahun-Gerik, Perak)
[Tempoh pemulihan- 2+1 minggu]
Testimoni;
" Pejam celik dah pun tiba hari untuk saya pulang. dulu mula-mula sampai di Sijangkang macam-macam perasaan yang saya rasa dan fikirkan.. asyik nak balik saja. Tapi bila dah lama di sini, berat hati nak tinggalkan Sijangkang terutamanya nenek dan atuk, Tapi saya redha sebab setiap pertemuan ada perpisahan. Selama saya di sini, banyak sangat benda baru yang saya pelajari TERUTAMANYA untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Setiap hari sepanjang 3 minggu di sini kami akan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat. Setiap kali solat fardu, kami akan solat berjemaah tak kira di rumah, surau, masjid atau pun TEPI PANTAI! Setiap kali selesai solat, kami akan berwirid dan berzikir, macam-macam zikir saya pelajari antaranya zikir fatimah 100 kali, zikir tauhid 165 kali, dan Tasbih Nabi Yunus 313 kali setiap kali selepas solat fardu atau sunat! maknanya setiap hari BERIBU-RIBU kali lidah ini BERZIKIR memuji Allah S.W.T! Alhamdulillah... Selepas ini, saya mesti tabah dan kuat untuk biasakan diri dengan dunia luar yang terlalu banyak cabaran, InsyaAllah, selepas ini semuanya akan berubah, saya perlu pandai letakkan diri di mana sepatutnya aku berada. saya berjanji akan menjadi seorang hamba dan khalifah Allah S.W.T yang taat pada setiap perintahNya..InsyaALLAH.."
Peserta Homestay 7
(16 tahun- Bachok, Kelantan)
[Tempoh pemulihan- 4 minggu + 10 hari]
* masih dalam proses pemulihan dan sedang bercuti bersama keluarga di Kelantan. =)
Peserta Homestay 8
(16 tahun- Putrajaya)
[Tempoh pemulihan- 1+1 minggu]
Testimoni;
"Alhamdulillah, dalam program homestay survivor ni saya berjaya menghafal kesemua 83 ayat surah Yasin, buku panduan survivor (asas fardu ain) surah-ruah lazim dalam suasana ceria di rumah ustaz Sawal walau pun ustaz seorang yang tegas dan kadang-kadang garang. Di sini, saya dapat merasakan perubahan iaitu kembali hidup rasa bertuhan dan rasa beribu bapa. Homestay ini mengajar saya erti berdikari dan hidup secara berperaturan dan beradab sopan. Di sini, saya berpeluang mengimamkan solat jemaah. Saya berpeluang menjadi pembantu fasilitator semasa Kem Survivor Malaysia Siri Ke-24 membantu ustaz Ahmadi dan ustaz Sawal menguruskan lebih daripada 100 orang peserta remaja yang majoritinya bermasalah seperti saya sebelumnya. Pada pendapat saya, program seperti ini mampu mengubah kehidupan remaja bermasalah dari berperangai buruk menjadi lebih baik dan menjadi remaja soleh. Saya cadangkan supaya program ini dapat diteruskan bagi membantu remaja bermasalah di luar sana. Saya juga mencadangkan supaya program ini dibuka kepada peserta perempuan. Insyallah, saya bertekad dan berazam selepas keluar daripada progam ini, saya dapat mengamalkan apa yang saya pelajari sepanjang berada di sini... "
Peserta Homestay 9 & 10
(19 & 16 tahun (adik beradik)- Bukit Kapar, Klang, Selangor)
[Tempoh pemulihan- 2 minggu]
Testimoni;
"Alhamdulillah, sudah selesai dua minggu di homestay survivor di rumah ustaz sawal. kemudahan di sini alhamdulillah selesa. makan pun cukup dan yang penting ikut masa. Ustaz-ustaz di sini sangat tegas dalam bab ibadah. mereka pesan; "kalau makan bersemangat, beribadah pun kena bersemangat juga". homestay ini lebih menekankan bab hafazan, solat sunat, zikir, doa dan motivasi sama ada berunsur ketuhanan atau kekeluargaan. hari pertama di sini sangat memeranjatkan saya.. RASA NAK BALIK! tetapi lama-lama Alhamdulillah boleh control sikit, di sini denda berbentuk senaman.. jangan risau pasti SIHAT! insyaALLAH... Sepanjang berada di sini, Alhamdulillah solat fardu dan solat sunat TERJAGA! malah ditambah pula dengan ZIKIR yang banyak dan doa yang pelbagai! Di sini diwajibkan membaca wirid, zikir, surah Yasin, Surah-surah lazim bermula daripada surah Ad-dhuha hingga An-nas, dan ayat-ayat manzil selepas selesai solat FARDU atau SUNAT! TERBAIK! Di sini, kami semua perlu berdikari dan sentiasa ikut jadual dan rahan yang diberikan. Kami bersama-sama mengemas rumah dan persekitaran khususnya runag ibadah. terasa seperti keluarga sendiri.. Alhamdulillah semuanya adalah untuk Allah dan pastinya positif..InsyaALLAH!..."
SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.
Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang bermaksud:
Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)"
Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya:
"Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya."
Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.
Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari:
“Sebesar - besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”
Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.
Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?
Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.
Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak - kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.
Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.
KHUSUS Buat Yang Punya Mata Untuk
Melihat...
Punya Telinga Untuk Mendengar...
Punya Akal untuk Berfikir...
Dan Punya Hati untuk Menilai...
BAHAWA MATI ITU PASTI!
No comments:
Post a Comment