Dalam kehidupan ini, ada banyak penyakit dan masalah sosial. Dadah, seks bebas, rempit, stress, mental, gay, lesbian…kalau dikaji semunya boleh buat PhD.
Yang menarik dalam penyakit sosial ini ialah ia tak sama macam penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Perbezaannya ialah penyakit sosial selalunya dikaitkan dengan anak muda dan golongan bawahan, manakala penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung selalunya dihidapi oleh kelas atasan.
Lebih menarik lagi, penyakit kelas bawahan selalunya tidak dirasai oleh penghidap penyakit..tapi dirasai oleh kelas atasan. Dan penyakit kelas atasan ditanggung sendiri oleh mereka tanpa dirasai oleh kelas bawahan. So…siapa yang sentiasa sakit?
Cuba tanya pada penagih dadah apakah mereka sedar apa yang mereka buat itu boleh mendatangkan kemudaratan? aku gerenti, brader ni akan kata, "Relax la brader!..kita cuma mau enjoy saja." Ketagihan dadah bukan satu masalah kepada dia.
Cuba tanya pada orang gila. "Bro…lu sudah sewel ka?" Lepas tanya, jangan tunggu..kalau dia hambat hangpa..jangan cari aku. Sebab orang gila tidak pernah merasai bahawa dia dah gila.
Cuba tanya kat gay dan lesbian…"Kamon la brader. What’s the problem? Kami tak sapu duit rakyat, kami tak tipu duit zakat! Tak kan kehidupan kami sampai dalam bilik tidur pun hangpa nak kontrol?"
.Ooops!! ada satu kumpulan manusia lagi yang merasakan mereka tidak pernah sakit tapi sentiasa nampak orang lain yang sakit. Ini kumpulan politikus. Masalah anak muda..orang politik yang nampak. Masalah orang miskin, orang politik yang nampak. Masalah orang kaya pun orang politik boleh nampak. So, semua orang mengharapkan orang politik sebagai penyelesai masalah. Tapi tau kah kita, bahawa kumpulan ini juga merupakan punca masalah?
Jangan cakap macam yang aku cakap kat orang politik…nanti depa hambat hangpa pulak.
Aku nak cakap pasai budaya anak muda yang dikatakan menjadi punca segala macam penyakit sosial tu. Jom kita tengok sejarah budaya anak muda. Aku cuba kaitkan perubahan budaya itu dengan perubahan generasi dan persekitaran. Dengan lain perkataan, budaya anak muda terjadi melalui evolusi yang dipengaruhi oleh persekitaran. Dan persekitaran itu dicipta oleh generasi terdahulu daripadanya.
Untuk memastikan aku tak merapu, dan hangpa juga tak kompius, aku permudahkan.
Kalau selalunya aku sebut tentang Boomers, Gen X dan Y, kali ini aku pecahkan lebih detail. Dan persekitaran , fesyen dan hiburan tu aku campurkan diantara universal dan lokal. (-ve dan +ve to bukan baik atau buruk, tapi untuk memudahkan perbezaan dalam satu generasi. Sikap sesuatu generasi itu juga bergantung kepada persekitaran. Contoh: Kalau ditempat maju, Boomers -ve dah ada yang bersikap X +ve. Dalam kawasan luarbandar, ramai juga X+ yang bersikap Boomers -ve.)
1900-1925.
Gen GI yang lahir dalam era ini melalui zaman kanak-kanak yang cukup tak kool kalau dibandingkan dengan anak-anak sekarang. Masa kecil, depa menyertai Boys Scout atau Girl Guide. Mereka diajar tentang survival. Menjelang 1914, Perang Dunia Pertama tercetus. Bayangkan kehidupan anak anak dibarat dizaman perang. Yang terdengar dan dilihat hanya siren kecemasan, darah dan pembunuhan. Mereka yang berumur 14 tahun sudah menyertai tentera dan apakah yang akan dilakukan oleh mereka bila dewasa nanti?
Anak-anak di Malaysia masih belum tau apa-apa. Mungkin main congkak atau seremban. Disitu mereka belajar matematik dengan mengira buah congkak. Ibubapa masih lagi berkebun atau berladang dan kepercayaan terhadap animisme, roh dan penunggu masih tebal. Anak-anak bangsawan yang terpilih sedang diasuh oleh pendidikan British.
1926-1945
Anak muda yang terlibat dalam peperangan menyimpan dendam, terutama yang tewas. Adakah mereka yang menyebabkan Perang Dunia pertama? Tidak…sebaliknya generasi terdahulu, manakala mereka adalah mangsa. Veteran Perang Dunia Pertama ini mengumpul segala sumber untuk bersedia menghadapi Perang Dunia Kedua. Era ini penuh dengan penemuan dan penciptaan kelengkapan militari.
Walaubagaimanapun, mereka masih boleh menikmati muzik-muzik Waltz dan Jazz.
Muzik-muzik ini dibawa oleh expatriate British ke Tanah Melayu masa itu dan turut dinikmati oleh para bangsawan. Golongan kelas bawahan masih lagi ketinggalan.
Kemasukan muzik Waltz dan Jazz ini mula mempengaruhi anak muda Melayu yang terdiri dari Gen Silent.. Untuk dilihat kool, mereka juga mula menyanyi lagu-lagu jazz. Orang tua pada masa itu melihat pengaruh jazz ini sebagai lambang kejatuhan budaya Melayu dan menganggapnya sebagai musibah…dan sekarang kita memberikan terma "masalah sosial". Mereka mahukan anak-anak mereka terus kekal dengan marhaban, qasidah dan berzanji.
Menjelang 1942, Perang Dunia Kedua tercetus. Ia dicetuskan oleh Gen GI manakala Gen Silent menjadi mangsa peperangan. Kalau dalam Perang Dunia Pertama, Gen GI menjadi mangsa, kali ini Gen GI cuba menjadi jaguh dengan menjadikan Gen Silent sebagai mangsa. Selesai Perang Dunia Kedua, sejarah hanya mengingati Panglima -Panglima perang, manakala yang tertindas dan menjadi mangsa tidak dipedulikan.
Ini menimbulkan protes tetapi oleh kerana sistem dan undang-undang yang mengongkong, mereka memprotes dalam senyap.
1946-1959
Gen Silent yang pada masa ini sudah menjadi anak muda mula memprotes. Maka dengan itu tertubuh lah pertubuhan-pertubuhan radikal seperti API, Putera MPAJA yang bangun menentang British yang memerintah, manakala Gen GI yang selesa dengan status quo, terus menjadi talibarut British. Anak muda yang dikongkong pemikiran mereka terus memberontak sehinggalah tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957.
Dalam masa yang sama, ramai daripada Gen Silent yang bersyukur dengan berakhirnya Perang Dunia Kedua dan mula berbulan madu. Ketiadaan perang dan keselesaan hidup dibawah penjajah British menyebabkan tercetusnya Baby Boom. Sex dihalalkan melalui perkahwinan. Perkahwinan dipermudahkan sehinggakan kahwin cerai adalah perkara biasa.
Gen GI melihat fenomena ini sebagai keruntuhan institusi keluarga. Kahwin cerai ini dianggap satu masalah kerana anak-anak terbiar tanpa perlindungan ibubapa. "Anak-anak yang dikenali sebagai Gen silent ini mencetuskan satu masalah sosial". Itu kata Gen GI tapi bagi gen Silent, ia adalah satu rebellion terhadap kongkongan hidup sebelum ini.
Sementara itu, diBarat, sebaik saja selesai Perang Dunia Kedua, mereka terus berbulan madu. Diawal tahun 50an, berlakunya Revolusi sex di barat. Majalah Playboy buat kali pertamanya diterbitkan pada tahun 1953. Filem pornography juga sudah mula diterbitkan dan filem yang paling laris pada masa itu ialah Emmanuelle.
Kemerdekaan Tanah Melayu juga membuka ruang kepada kemasukan pengaruh-pengaruh Barat…dan selepas merdeka, rakyat Malaya pula berbulan madu.
1960-1978
Anak-anak yang lahir selepas Perang Dunia Kedua yang dikenali sebagai Boomers ini sudah menjadi remaja. Kehidupan mereka dizaman kanak-kanak terbiar kerana mak bapak asyik kawin cerai. Mereka tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya, tambahan pula dengan adik beradik yang ramai termasuk adik beradik tiri, mereka mengalami sindrom KKS. (Kurang Kasih Sayang).
Ini menyebabkan mereka menjadi rebel kepada generasi Silent. Dengan pengaruh radio dan majalah, mereka meninggalkan Frank Sinatra, Swing music dan beralih kepada Rock N Roll, Beatles, Woodstock. Yang lelaki sudah tak mau pakai phantalone sebaliknya bertukar kepada jeans atau slack. Yang perempuan pula sudah tak mau pakai baju kebaya tapi memakai T-shirt. Ini yang rebel, tetapi mana-mana yang mengikut mainstream, akan terus mengikut fesyen-fesyen P. Ramlee dan Saloma. Seluar ketat juga menjadi pilihan. dan Vespa menjadi idaman.
Berpacaran secara terbuka sudah menjadi kelaziman. Seks bebas juga sudah wujud pada masa itu, tetapi skandal-skandal ini dapat ditutup dengan cara mengahwinkan mereka. Istilah "tangkap basah" mula wujud.
Gen silent yang sudah tua, tapi menjadi pemimpin negara melihat fenomena rebel yang dibuat oleh gen Boomers yang memakai jeans sebagai dipengaruhi budaya kuning. Tambahan pula, gen Boomers sudah ramai yang gian ganja. Ramai yang sudah mula terpengaruh dengan Rolling Stones dan Elvis Presley.
Kehadiran pengaruh Barat ini menakutkan Gen Silent. Lantas pelbagai label diberikan kepada "masalah sosial" yang dihadapi oleh gen Boomers. Budaya Kuning, Budaya liar…macam-macam lagi.
Masuk Gen X…lagi teruk.
Gen Boomers +ve yang lahir diantara 1946-1952 menjadi remaja pada tahun 60an. Bagi aku, inilah generasi yang paling teruk. Bukan saja depa ni kaki ganja, hippies, rockers..malah depa juga kaki seks. Mungkin kerana terpengaruh dengan revolusi seks di Barat pada tahun 50an. Cuba tengok sapa yang order kopi Tongkat Ali dan kopi Kapal Api kat warung-warung sekarang. Dah tua pun biang lagi.
Orang tua masa tu menepuk kepala bila melihat Gen Boomers +ve ini. "apa la nak jadi dengan negara masa depan?". Tapi aku respek kat Gen Silent yang jadi mufti masa tu. Depa memahami naluri anak muda. Depa tahu, anak muda yang berumur belasan tahun ini tengah biang. Yang lelaki mencakar dinding, yang perempuan melibas ekor. Kalau ditahan..depa buat diam-diam. Lantas, anak-anak muda ini dibenarkan kahwin pada umur muda. Yang perempuan berumur 13 tahun dah boleh kahwin. Jadi..tak timbul masalah anak luar nikah. Kalau dah fed up kahwin..boleh cerai. Cerai tak haram.
Jadi, soal anak luar nikah dan buang bayi tak timbul masa itu sebab seks sudah dihalalkan oleh perkahwinan.
Gen Boomers -ve yang lahir diantara 1953-1959 menjadi remaja dalam tahun 70an. Ini lagi satu masalah. Ini Gen demo. Tanya Isham Rais, Anwar Ibrahim. Tanya kat Berahim Ali pun tak apa. Dan sampai sekarang pun..kalau pasai demo..depa tiga orang ni mesti terlibat.
Pakaian pun masa tu dah mula pakai jeans koyak…ataupun stonewash. T-shirt Fruit dan kasut Adidas. Rambut lelaki dah mula lebih panjang dari perempuan. Orang yang pandai ugama dah mula bercakap tentang tanda-tanda akhir kiamat. Yang berjenis sikit pun dah tak pakai capal..tapi pakai kasut Johnson. Yang ni jenis skema sikit.
Gen boomers yang kaki seks dan kaki ganja dah jadi pemimpin dan melihat fenomena anak muda yang kakidemo, pakai jeans koyak ini sebagai satu lagi masalah sosial.
Apa la..tak habih-habih dengan masalah sosial.
1979-1995
Mereka yang lahir dalam era ini dipanggil Gen Y. Gen X -ve pulak jadi remaja, manakala Boomers dan X+ve sudah jadi pemimpin. Tahun 80an juga menyaksikan berlakunya reformasi industri yang diterajui oleh Mahathir dan Islamisasi yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Habis semua diislamkan.
Yang menjadi mangsa ialah Gen X-ve dan Y +ve.
Dalam Islam, lelaki dan perempuan tak boleh bergaul. Jadi mereka dipisahkan dan tak boleh bercampur. Yang perempuan kena tutup aurat. Sapa yang tak pakai tudung masuk neraka. Bila pakai baju kurung..macam mana nak bersukan? Yang lelaki pun, kalau nak bersukan kena pakai seluar panjang. tak boleh nampak lutut.
So, akhirnya anak muda tak minat bersukan. Yang bersukan dan tak mau tutup aurat adalah rebel.
Ramai juga Gen X -ve yang rebel. Kalau dulu, gen X +ve minat demo, Gen X -ve minat disco, breakdance. Pakai kasut John Travolta, usung mini compo cari tanah lapang. Dapat saja tanah lapang, depa buat breakdance. Orang tua garu kepala.
Menjelang hujung 80an, Mahathir buat macam-macam undang-undang. Kat sekolah pun, macam-macam undang disiplin.
Kalau ikut fitrahnya, lelaki yang syok kat perempuan atau perempuan yang syok kat lelaki adalah normal. Yang tak normal kalau perempuan syok kat perempuan dan lelaki syok kat lelaki. Itu pendapat majoriti.
Zaman remaja adalah zaman yang paling merenyam. Sapa yang tak setuju dengan aku…mesti ada masalah. Kalau sorang remaja lelaki melihat remaja perempuan, dia mesti tengok dengan nafsu. Bagi aku itu normal. Kalau remaja lelaki tengok gambar perempuan telanjang pun tak stim..mesti ada masalah.
Tapi bila lelaki hanya dibenarkan bersama lelaki, dan perempuan hanya dibenarkan bersama perempuan..Ini salah siapa?
Kalau remaja lelaki berjalan dengan perempuan di taman, besar kemungkinan kena cekup pasai khalwat. Tapi kalau lelaki berjalan dengan lelaki berpegang tangan di taman..sapa nak cekup? Kalau perempuan duduk dalam bilik bersama perempuan..tak salah!
Lama-lama, kerana tekanan persekitaran dan undang-undang, lelaki syok kat lelaki dan perempuan syok kat perempuan.Sebab tiap hari yang tu saja yang depa tengok…dan yang tu saja yang boleh.
Remaja lelaki yang syok kat perempuan pun tak boleh nak buat apa-apa lagi sebab bawah umur. Nak kahwintak boleh sebab perempuan cuma boleh berkahwin pada umur 15 tahun dan lelaki 18 tahun. Sedangkan umur 14-16 tahun tu la yang tengah biang. Depa nak buat apa?
Akhirnya depa buat diam-diam. Mak bapak ingat depa pi tuisyen..
Tahun 80an juga menyaksikan trend lelaki lembut mula diterima. Dalam TV..penuh dengan lelaki lembut dan orang cukup minat. Kalau anak-anak nak jadi macam Jaafar Onn..no problem. Mak bapak tak marah..undang-undang pun kata tak salah. Yang salah kalau lelaki perempuan jalan berpegang tangan. Yang tu haram.
Pemimpin ugama pun tak ada yang kata salah dan memprotes. Malah lelaki-lelaki lembut ini dijadikan idola. Sapa berani tuduh depa ni gay…sebab depa pun bukan mengaku gay. Dalam majalah pun penuh artis wanitaMelayu yang berpeluk sesama sendiri. Ishh!! tak kan depa ni lesbian kot!!
Anak muda pun lebih banyak berkata "Daripada orang kutuk aku sebab jadi macho..lebih baik jadi gay. sapa pun tak kisah."
So, tahun 90an adalah dekad senyap untuk anak muda. Prestasi sukan merudum. Rockers yang boleh senang sikit mungkin macam Search dan Wings..yang lain cukup makan saja. Yang boleh cari makan ialah agamawan yang selalu muncul dalam Forum Perdana bercakap tentang masalah sosial. . Depa boleh cakap macam-macam, tapi tak sedar dengan revolusi budaya anak muda yang bergerak diam-diam. Tak banyak yang diketahui apakah yang dibuat oleh gen Y +ve yang sudah menjadi remaja dalam tahun 90an.
Tau-tau…heboh pasai bohjan, bohsia, buang anak. Ini lagi satu masalah sosial. Bila la masalah sosial ni nak berhenti?
Menjelang abad ke 21, selepas berlakunya perubahan politik tahun 1999, proses Islamisasi lagi kuat. Masing-masing mahu membuktikan siapa yang lebih Islamik. Umno kata dia lebih Islam, malah menjadi parti Islam terbesar didunia. Pas pulak kata Umno tak ikut Islam.
Pada masa ini, Gen Y +ve sudah menjadi remaja tapi dalam masa yang sama semakin kompius. Nasib baik la ada internet. Tapi adakah masalah sosial anak muda sudah selesai?
Tidak juga. Kalau dizaman Gen Boomers dan X depa suka buat kerja dijalan raya, sekarang timbul pulak satu lagi generasi jalanraya. Generasi Rempit. Itu yang kelihatan tapi yang bergerak secara underground lagi banyak. Bila tengok masalah anak muda sekarang, Gen X yang kaki demo, kaki rebel pulak garu kepala.
Black Metal, Gay, Lesbian, Transgender, Bisexual, Underground, Rempit, syabu, Ice, semua masalah. Adakah masalah ini disebabkan oleh Deep Purple, Scorpion, Elton John?
Anak luarnikah? Setiap hari, purata terdapat 83.3 anak luar nikah yang dilahirkan. Sebulan ada 2,500 orang. Kalau nak disensasikan lagi, seorang anak luar nikah dilahirkan setiap 17 minit! Wow!!
Adakah masalah ini dicipta oleh Gen Y…ataupun hasil daripada persekitaran yang dicipta oleh Gen X sebelum ini? Dan siapa Gen X itu? Bukankah mereka yang sedang memimpin negara dan mereka yang sedang menjerit tentang masalah sosial sekarang?
Ini sudah jadi kes pencuri menjerit.."pencuri!!".
No comments:
Post a Comment