GAMBAR HIASAN SHJ |
"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
Cara melakukan kepada anak-anak.
Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)
Nota:
Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan.
Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment