Pages

Thursday, 4 August 2011

Mati dibelasah sebab kutuk famili kenalan di Facebook

DIBELASAH HINGGA MATI SEBAB FACEBOOK



gambar hiasan

KULIM (Kedah): Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial, Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Allahyarham Mohd Amran Romli, 20 tahun, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian pada 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, Ahad lalu.

Encik Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki - iaitu abang kenalan wanitanya, berusia 25 dan 26 tahun - di belakang sebuah pasar raya di taman itu.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat dengan topi keledar, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

'Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi hubungan mereka mula menghadapi masalah.

'Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan kerana membunuh. -- BHM.
 
Facebook? Mungkijn kita telah ketahui fungsinya, TETAPI apakah fungsinya sampai tahap MEMBUNUH? Siapa yang dapat menyangka, laman sosial ini mampu MEMBUNUH jika disalah gunakan. Bagaimana dengan anak-anak anda? mereka juga AKTIF berfacebook? Apakah yang ada dalam kotak fikiran mereka sehinggakan mengaanggap GADUH itu satu perkara yang WAJIB dan PERLU? Mungkinada yang hanya berseronok... dan mengaanggap GADUH itu hanya sebagai HIBURAN. Persoalannya, jika sampai ada yang TERKORBAN bagaimana? dan jika yang TERKORBAN itu adalah ANAK kita bagaimana? Oleh itu, kami di DDR menyeru kepada pihak-pihak berkenaan khususnya ibu bapa yang mempunyai ANAK REMAJA yang masih bersekolah dan terlibat dengan masalah DISIPLIN sekolah atau GEJALA sosial di luar sana supaya hubungi kami DDR dalam kadar SEGERA! Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan REMAJA BERMASALAH disamping menyediakan pelbagai PERKHIDMATAN ; Motivasi, kaunseling, Pusat pemulihan, Rawatan Rohani dan sebagainya.. InsyaALLAH dapat membantu ANDA! Sila layari laman web rasmi DDR di; www.motivasisurvivor.com SEGERA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...