Pages

Friday, 5 August 2011

Kasih Bapa Tiada Batasnya...

Kasih bapa tiada batasannya. Biar apapun pekerjaan bapa anda yang halal, hormatilah Dia, kerana hanya itu yang termampu dilakukan untuk menyara keluarga. Dengan keringat dan tubuh empat kerat, dia rela melakukan apa saja untuk keluarga, jangan malu walau siapapun bapa anda.
 
Hari ini, penulis pergi ke rumah Ustaz Ahmadi atas urusan kerja dan perancangan program motivasi remaja. Sebelum perbincangan dimulakan, penulis diberikan sepucuk SURAT daripada ibu bapa salah seorang daripada penghuni Pusat Pemulihan kami Rumah Insani. Anak lelaki mereka yang berumur 17 tahun baru sahaja ditempatkan di Rumah Insani atas kehendak ibu bapanya kerana mendapati anak sulungnya itu terlibat dengan penagihan dadah jenis GANJA dan tidak pulang ke rumah di Wangsa Maju KL.

Atas dasar KASIH dan SAYANG ibu bapa berkenaan TERPAKSA mengambil keputusan yang sangat BERAT, iaitu menghantar anak sulung mereka yang bakal menduduki SPM pada tahun ini ke Rumah Insani. Ditambah pula dengan kehadiran bulan Ramadhan, yang sepatutnya diraikan seisi keluarga bersahur dan berbuka bersama TERPAKSA dikorbankan demi masa depan anak tercinta.

Dalam pucuk suratb itu si IBU merintih merindui dan memohon MAAF atas keputusan yang TERPAKSA diambil. Sungguhpun selama ini, anak sulungnya itu sering menimbulkan masalah sama ada di dalam atau di luar rumah, tetapi KINI hanya rasa RINDU dan HARAPAN untuk melihat anaknya berubah menjadi mainan. Tulisnya si ibu, dalam tiap solat dan doa di bulan yang penuh keberkatan ini mudah-mudahan Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah kepada anaknya untuk menjadi MUSLIM yang SOLEH dan BERGUNA!

Syarat untuk menemui anak tersayang hanya akan dibenarkan setelah DUA BULAN menjalani proses pentarbiyyahan. Maknyanya, bulan kemenangan umat Islam, Eidul Fitri juga TIDAK kesampaian untuk menemukan si anak. Bayangkan, bagaimana perasaan ibu dan ayah yang TERPAKSA berhadapan dengan keadaan sedemikian? Jika dibiarkan si anak hidup bergelumang kemaksiatan maka hancur musnah masa depan... Cuma, peringatan dari kkami di Didik Diri Resources (DDR), untuk mengecapi nikmat SYURGA yang manis bukan MUDAH.. begitu juga soal hidayah ALLAH SWT.. untuk mendapat hidayah ALLAH perlukan USAHA dan PENGORBANAN... BERKORBANLAH sedikit untuk KEBAHAGIAN masa hadapan.

InsyaALLAH, atas berkat USAHA dan Izin ALLAH, apa yang diusahakan oleh ibu bapa remaja berkenaan diterima dengan hati yang terbuka oleh si anak. PERSOALANNYA.. BAGAIMANA DENGAN ANAK ANDA? dan APAKAH ANDA BERSEDIA JIKA ALLAH SWT MENGUJI ANDA SEPERTI IBU BAPA REMAJA BERKENAAN? Jangan terlalu banyak bermain dengan perasaan, takut-takut peluang yang ada TERLEPAS dan tidak kembali pulang... berusahalah! dan hunbgi kami segera di www.motivasisurvivor.com firma motivasi KHUSUS untuk REMAJA yang terlibat dengan masalah disiplin dan SOSIAL! dan diiktiraf oleh MEDIA CETAK METRO dan MAJALAH MASTIKA dan AL-ISLAM.
 
Sekeping gambar, seribu pengajaran   

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...