Pages

Wednesday, 3 August 2011

Bapak Kencing Berdiri... Anak kencing?


Itulah perumpamaan yang boleh disesuaikan bagi kes semalam. Baru sahaja Ramadan membuka tirainya, namun sudah ada umat Islam yang mencemarkan kesucian bulan ini dengan tidak berpuasa.

Semalam dengan selambanya seorang bapa merokok sambil memandu kereta dan cermin tingkap keretanya terbuka, lebih memalukan apabila isteri dan dua anak kecilnya juga ada bersama dalam kereta.

Dua kereta peronda JAIPP yang pada ketika itu sudah setengah hari melakukan operasi pesalah Ramadan kemudiannya serta merta mengarahkan lelaki itu berhenti ke tepi untuk diperiksa.

“Maaf ustaz, saya betul-betul ingat hari ini tidak puasa, hendak ambil tindakan pun tidak mengapa sebab saya memang lupa hari ini puasa’, itulah alasan seorang bapa muda setelah ditahan Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Tetapi helahnya itu hanya sementara selepas Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan bertanyakan kenapa dia tidak bekerja hari ini (semalam).

Kemudiannya bapa muda itu menjawab ‘Hari ini cuti ustaz, cuti peristiwa sebab Ramadan ustaz’, jawapannya yang spontan itu menimbulkan rasa lucu dalam kalangan PPA JAIPP dan wartawan akhbar ini.

Alasannya lupa hari berpuasa akhirnya ‘kantoi’ juga kerana pada mulanya dikatakan tidak tahu hari pertama Ramadan, namun lelaki berkenaan tahu pula waktu bercuti ketika bermulanya Ramadan.

Bapa yang juga suami seharusnya menjadi contoh kepada anak dan isteri namun, dia pula tidak berpuasa.

Beliau menggelabah ketika wartawan merakamkan gambarnya ketika disoal siasat oleh PPA.

“Tak apalah saya mengaku bersalah dan boleh ambil kad pengenalan saya,” katanya.

Lebih menyedihkan kerana ketika operasi dijalankan, anak-anak lelaki berkenaan yang masih kecil bersama dengan isterinya hanya terpinga-pinga melihat keadaan bapanya yang dikelilingi PPA JAIPP.

Lelaki yang berusia awal 30-an itu kemudiannya diberikan notis atas kesalahan mengikut Seksyen 15 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1996 atas kesalahan tidak menghormati Ramadan, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau tidak lebih enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
 
Kami di DDR sering menerima kehadiran ibu bapa yang kebanyakannya menghadapi masalah ANAK REMAJA yang NAKAL dan terlibat dengan masalah sosial yang agak kronik. Sepanjang pengalaman kami berhadapan dengan ibu bapa tersebut, kami mendapati ada segelintir daripada mereka CULAS dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang BAPA khususnya dalam mendidik dan menjadi CONTOH kepada anak-anak. Ada yang berjumpa untuk tujuan KAUNSELING bersama ibu bapa dan anak... Si AYAH dengan selamba tanpa rasa segan silu mengeluarkan sebatang malah BERBATANG_BATANG ROKOK dari kotaknya di hadapan KAMI dan anak-anak. Ada juga yang ditanya, mengaku sendiri JAHIL bab-bab AGAMA. Ada juga kes-kes yang memperlihatkan Si AYAH LARI dari keluarga, tanpa memikirkan NASIB dan MASA DEPAN anak-anak mereka bersama SI IBU yang TERKONTANG KANTING membesarkan dan mendidik anak-anak SENDIRIAN.  Apa pun latar belakang si AYAH atau Si Ibu kami di DDR sentiasa sambut dengan tangan dan HATI yang TERBUKA. Cuma, sekadar memberi tauladan dan peringatan kepada AYAH_AYAH di luar sana, supaya bersama-sama menjadi CONTOH TELADAN yang baik kepada anak-anak di rumah. Kadang kala kita sudah BERUSAHA sehabis mungkin membantu, TETAPI di RUMAH IBU BAPA GAGAL mengawal dan menunjukkan sikap dan TANGGUNGJAWAB yang sewajarnya. TIDAK TERNIAT ingin MENGAJAR sesiapa, cukuplah sekadar memberi NASIHAT semata-mata... kerana BERKATA BENAR ITU MEMANG PAHIT...APATAH LAGI MENDENGARNYA...TERAMAT-AMATLAH PAHIT... Oleh itu sekali lagi, sekiranya TUAN?PUAN menghadapi anak-anak REMAJA yang BERMASALAH (SOSIAL), SILA layari laman web kami; www.motivasisurvivor.com dalam kadar yang SEGERA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...