Jenayah anak terhadap ibu bapa mesti dibendung.
HATI Tumi remuk apabila anak tunggalnya enggan mengakuinya sebagai ibu.
“SELEPAS kedua-dua kaki saya dipotong, bukan kata-kata semangat yang saya terima. Sebaliknya, setiap hari saya dicemuh dan dihina kerana menyusahkan mereka.
“Isteri dan anak-anak menganggap saya sebagai beban apatah lagi apabila saya kerap minta bantuan mereka untuk bergerak atau menguruskan diri.
“Kadang-kadang, kewujudan saya di rumah seperti tidak dipedulikan. Saya menjadi penagih simpati daripada isteri dan anak-anak sedangkan selama ini tulang empat kerat ini yang memberi mereka makan,” luah Othman Ismail, 70.
Hidup pesara kerajaan ini dahulunya meriah dengan gelak tawa isteri dan dua pasang cahaya mata.
Walaupun tanpa kemewahan yang melimpah ruah, ia cukup membuatkan hatinya bahagia apabila anak-anaknya berjaya, malah ada yang melangkahkan kaki ke universiti.
Potong kaki
Namun, apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis dan kaki kanannya dipotong pada tahun 2002, kehidupan Ismail mula berubah.Keadaan lebih teruk apabila sebelah lagi kakinya mengalami nasib sama pada 2005.“Masa itu layanan terhadap saya bertambah buruk. Makan hati juga dengan sikap mereka tapi saya tahankan sahaja. Takut kalau saya berkeras mereka akan tambah keras dengan saya.
“Bila ada anak yang boleh terima saya, menantu pula yang masam muka dan kadangkala saya menjadi punca pertengkaran antara mereka.Akhirnya saya ditinggalkan di rumah seorang diri. Sukarnya hidup masa itu hanya Allah yang tahu. Mujur ada seorang rakan yang prihatin dan mengambil saya untuk tinggal bersamanya."“Lebih kurang setahun menumpang di rumah kawan, dia ada mencadangkan supaya saya memohon masuk ke Rumah Ehsan kerana saya memerlukan penjagaan yang lebih sempurna,” kata penghuni rumah jagaan warga emas yang dikhususkan untuk pesakit melarat itu.
Selepas memasuki Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Ogos 2008, jiwa Ismail mulai tenang. Baginya, dia sudah tidak perlu lagi menahan perasaan dan berlakon pura-pura sihat sebaliknya masa tuanya sekarang banyak dihabiskan dengan mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
Baginya, tiada apa yang diharapkan dari hari esok selain kunjungan daripada anak-anak.
“Saya memang berharap mereka yang datang, tapi saya juga bersedia jika menutup mata tanpa sempat bertemu mereka, seperti rakan-rakan yang lain.“Saya juga tidak marah jika mereka enggan mengurus jenazah saya dan hanya mahu menuntut surat kematian saya,” tuturnya sayu.
Tak mengaku ibu
Kebelakangan ini cerita anak tidak mengaku ibu dan membuang bapa yang sakit melarat semakin banyak tersiar di dada akhbar-akhbar tempatan.
Jumaat lalu misalnya, Kosmo! memaparkan nasib malang Tumi Wongsoruju, 52, yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Dek kerana rindu yang menggunung, beliau yang sudah tiga tahun tidak mendengar sebarang berita mengenai anak tunggalnya, sanggup berhutang dengan saudara-mara semata-mata untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur bagi menjejaki anaknya itu.
Dengan hanya duit poket sebanyak RM150 dan alamat tidak lengkap sebuah kawasan perumahan di Serdang, beliau nekad menyusuli anaknya.
Usaha ibu ini berhasil apabila beliau berjaya menemui anaknya pada malam Khamis lalu. Bagaikan tidak sabar si ibu ini untuk menatap wajah anak yang selama ini ditunggu kepulangannya.
Begitupun, rasa teruja Tumi tidak bertahan lama. Sebaik sahaja menatap wajah anaknya, bukan pelukan yang diterima sebaliknya telinganya ditujah dengan kata herdik daripada menantunya.
“Apa yang lebih memilukan hati, anak saya enggan mengaku saya ibu yang mengandungkannya,” ujarnya dengan air mata berlinangan.
Diibaratkan sebagai tanggang moden, baik kisah Othman mahupun Tumi, ia sepatutnya tidak berlaku apatah lagi dalam masyarakat yang kaya dengan adat dan budaya menghormati ibu bapa.
Pukul ibu bapa
Melihat kepada statistik jenayah dilakukan anak kepada ibu bapa antara 2005 hingga 2009, jumlah kes yang dilaporkan biarpun kecil namun ia tetap membimbangkan.
Antara kes-kes yang dilaporkan ialah anak melawan ibu bapa, memukul, menghalau dari rumah, menzalimi, mencuri harta dan membakar rumah.
Ini belum termasuk kes anak tidak sanggup memelihara orang tua sendiri lalu dihantar ke rumah penjagaan orang tua-tua.
Dari saat dimasukkan sehingga meninggal, boleh dikira dengan jari berapa ramai anak yang melawat, selebihnya hanya melepas tangan.
JIWA Othman semakin tenang di Rumah Ehsan. Biarpun terlantar ditemani rakan senasib, sekurang-kurangnya beliau tidak dicerca oleh anak-anaknya.
Mungkin ia kes Si Tanggang moden yang biasa kita dengar? Baru-baru ini, kita digemparkan bagaimana seorang ibu bersumpah tidak akan memaafkan anak lelakinya yang tergamak memukul dan memperkosanya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana remuknya hati si ibu sehingga sanggup tidak mengampunkan anaknya sehingga si anak datang melutut kepadanya. Terdetik di dalam hati, di manakah tempat anak itu kelak apabila meninggal dunia? Ia sesuatu yang tidak mampu untuk dibayangkan oleh insan yang menyanjungi jasa dan pengorbanan seorang ibu. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak sebaliknya kasih sayang dan perhatian. Mungkin benar kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 anak, tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan bapa. Bagi mereka yang bergelar anak, jangan dilupakan kasih sayang si ibu dan pengorbanan si bapa. Jika mereka sudah menutup mata, tidak apa yang boleh disesalkan lagi. ADAKAH ANAK-ANAK ANDA SUDAH MENUNJUKKAN SIKAP-SIKAP SI TANGGANG? MULA MENGHERDIK?MENGHEMPAS PINTU? MENGGELARKAN ANDA DENGAN GELARAN BINATANG? DAN MULA BUAT ANDA TERASA KECEWA? INSYALLAH, KAMI DI DIDIK DIRI RESOURCES (DDR) SEDIA MEMBANTU ANDA, ALHAMDULILLAH, SUDAH RATUSAN MALAH RIBUAN REMAJA SUDAH KEMBALI RASA BERTUHAN DAN BERIBU BAPA DENGAN IKHTIAR DAN USAHA TIDAK PUTUS ASA IBU BAPA MEREKA, KINI ANAK-ANAK MEREKA ALHAMDULILLAH SUDAH BERUBAH MENJADI ANAK YANG BAIK DARIPADA SEBELUMNYA.. TIDAK RUGI MENCUBA, RUGINYA APABILA MASALAH SUDAH SEMAKIN KRONIK DAN ANAK ANDA SUDAH TERLANJUR... BARU NAK CARI JALAN.. UNTUK BERHUBUNG DENGAN KAMI; SILA LAYARI;
web site kami; www.motivasisurvivor.com
Facebook; http://www.facebook.com/pages/ANAK-DERHAKA/249953188364016
No comments:
Post a Comment