Pages

Wednesday, 31 August 2011

Pemergian Tn Guru Hj Hashim bin Abu Bakar

Tepat jam 1300,lenyap dan hilanglah satu permata yang menyinari Kelantan secara khususnya dan Malaysia umumnya.Pemergian Tuan Guru Haji Hashim Bin Abu Bakar merupakan satu kehilangan yang tiada penggantinya buat semua.Dijangkakan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan bersama Menteri Besar Kelantan akan hadir dalam upacara sembahyang jenazah dan pengkebumian..


Sayyidina Abu Darda' meriwayatkan satu hadis tentang pemergian seorang ulama' itu merupakan satu kecacatan bagi kita:



"Meninggalnya seorang 'alim itu adalah satu musibah yang tidak dapat dipulihkan dan kekurangan yang tidak dapat ditampal.Meninggalnya seorang alim umpama bintang yang hilang sinarnya.Meninggalnya satu kelompok manusia jauh lebih ringan daripada meninggalnya seorang alim."(Riwayat Abu Daud,Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Perginya seorang ulama, bererti hilanglah sebahagian ilmu, Abdullah bin ‘Amr bin Ash meriwayatkan sebuah hadits:



"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan."(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Tok Guru meraikan & mendoakan tetamu yang datang ke rumahnya.

Wafatnya ulama, bererti hilanglah satu bintang yang menjadi petunjuk kepada umat, terlebih lagilah ulama dari kalangan ahlulbait. Mereka seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.


Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan[Hadis riwayat Imam Ahmad]

KDYMM Tuanku Sultan Kelantan & Tok Guru

Dinyatakan dalam kitab Ittihaf As-Sadah Al-Muttaqin 'Ala Syarh Ihya' Ulumuddin karangan Al-Allamah Sayyid Murtadha Az-Zubaidi bahawa kewafatan ulama' itu ditangisi penduduk bumi seperti binatang,tumbuhan dan lain-lain.Hal ini kerana Ulama'lah yang mengajarkan manusia hukum-hukum berburu,menyuruh manusia berlaku Ihsan dengan setiap makhluk Allah.

Tujuan penulisan ini hanyalah kerana berpegang dengan hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم daripada Sayyidina Abdullah Bin Umar:



"Tuturkanlah kebaikan-kebaikan orang yang wafat dari kalangan kamu dan tahanlah diri kalian daripada menuturkan kejahatan mereka."[Hadits riwayat Abu Daud,Al-Hakim dan al-Baihaqi]

Ditambah pula beliau merupakan seorang ulama' besar.

Syeikh Nuruddin & Tok Guru

Habib Umar & Tok Guru



Qaddasallahu sirrahu wa nawwara darihahu wa hasyarahu ma'a assolihin.

Sila klik link dibawah untuk koleksi gambar-gambar yang dirakam petang tadi.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2165354787532.114879.1656530382

Al-Fatihah


p/s   :hormatilah dan sayangilah Ulama',mungkin peranan mereka kecil pada kerajaan dunia namun di sisi Allah siapa yang tahu....renung-renungkan

Sunday, 28 August 2011


Panas! Gambar: Pusat Penyembelihan Ayam Bersebelahan Premis Penjulan Daging Babi. Halalkah?

http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/08/240820111196-400x300.jpg 

http://cdn.ondscene.my/wp-content/uploads/2011/08/DSCN0232-400x300.jpg 

gambar di atas dirakam di pusat penyembelihan berdekatan Pasar Borong Selayang 

anda boleh tengok gambar-gambar yang menjijikan berserta dengan ulasan dari once 

apa nah jadi? 

patut la pelbagai masalah sosial melanda masyarakat sekarang 

hati semakin keras! 


Cucu cincang nenek kerana suruh masak nasi




Gambar hiasan

Saya petik:


[HM] TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin. 

Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran. 

Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut. 

Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah. 

Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.

Saturday, 27 August 2011

Remaja 15 Tahun Didakwa Guna Pil Khayal untuk Nodai Rakan.




Saya petik:

[HM] KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan 


kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan bimbang dimarahi ibunya.

“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku 16 Ogos itu ketika dia mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.


“Rakan lelaki mangsa menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.

Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun, akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.

Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.

Ibu mangsa yang terkejut membawa anaknya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

Gadis 21 Tahun Tinggalkan Keluarga BERAYA Dengan KEKASIH NEPAL



PADANG SERAI, 28 Ogos -- Remaja tempatan Norshahirah Mohd Rasul,21, (kiri) menghilangkan diri dipercayai mengikuti kekasihnya seorang lelaki berbangsa Nepal yang dikenali sebagai Imthias Khan,24 sejak 22 Ogos lalu.





Pemandu bas kilang Mohd.Rasul Kassim,50 (kiri) bersama isterinya Siti Fatimah Jasin,46 menunjukan gambar anakkesayangan beliau Norshahirah Mohd Rasul,21, yang melarikan diri dipercayai mengikuti kekasihnya seorang lelaki berbangsa Nepal sejak 22 Ogos lalu ketika sidang media dirumahnya di Taman Kenangan, Pekan Sungai Karangan di sini, hari ini.

Selamat Hari raya,Berhati-hati Di Jalan Raya



Selamat hari raya saya ucapkan pada semua teman-teman blogger dan pembaca blog ni,Berhati hati di jalan raya .Jalan raya tempat kita berkongsi bukan milik anda seorang.
Saja nak berkongsi gambar -gambar ini sebagai peringatan bersama.







Ingat sunnah Rasulullah s.a.w jangan sombong di atas jalan,bertimbangrasa dengan orang lain .insyaallah selamat.
Saya doakan anda semua selamat dalam perjalanan.

Friday, 26 August 2011

Budak Perempuan Bekas Pelatih PLKN Dicekup dan Berkata; “Saya tidak bagi dia pegang semua"


Dicekup Ketika Lepas Rindu Di Pantai


Gambar Hiasan


Dia baru balik dari Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), kami dah lama tak jumpa, mungkin kami berpeluk sebab rindu ustaz’, demikian pengakuan dua remaja yang dicekup Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp). Gambar fail

Ketika ditahan pada jam 3.20 pagi itu, kedua-duanya duduk di tepi pantai yang agak gelap dan jauh daripada pandangan orang awam.

Namun lokasi mereka berjaya dijejaki penguat kuasa Jaipp apabila dalam keadaan gelap kelihatan sebuah motosikal dan dua helmet, tetapi yang menjadi tanda tanya apabila penguat kuasa tidak dapat melihat sesiapapun di lokasi berkenaan.

Kemudiannya, kelihatan pasangan kekasih yang duduk berdua-duaan dengan keadaan duduk dan si lelaki memeluk pasangan wanitanya dari arah belakang.

Si gadis yang baru sahaja berusia 18 tahun mengakui sudah mengenal teman lelakinya itu sejak tujuh tahun yang lalu, dan mengambil kesempatan pada malam berkenaan kerana sudah lama tidak bertemu selepas menjalani latihan PLKN.

Dia yang juga anak yatim piatu itu mengakui lelaki berkenaan hanya memegang pinggangnya dari arah belakang dan meluahkan rasa rindu.

“Kami sudah lama tidak berjumpa, sebab itu sahaja kami duduk di sini,” katanya ketika ditanya penguat kuasa.

Si lelaki kemudiannya ditanya sama ada tidak bimbang sekiranya dirompak atau disamun kerana duduk di dalam gelap, namun dia hanya terdiam membisu sahaja.

Setelah beberapa lama ditanya, remaja lelaki berkenaan juga diminta supaya membacakan dengan jelas niat berpuasa, namun mungkin kerana masih terkejut akibat dicekup, dia tergagap-gagap membacakan niat puasa berkenaan.

“Kamu berkawan dengan dia terlalu lama sampai tujuh tahun, kenapa kamu tidak berkahwin dengan dia sahaja kalau kamu beri dia pegang badan kamu,” tanya seorang penguat kuasa.

“Saya tidak bagi dia pegang semua,” jawab gadis tersebut.

“Tetapi mula-mula pegang pinggang, nanti kalau kamu seronok kamu bagi pegang tempat lain pula,” tambah penguat kuasa lagi.

“Tidak, saya tak akan bagi dia pegang,” jawab si gadis kembali.

Hadir sama dalam Ops Santai 3 itu juga ialah Ketua Unit Operasi dan Penguat kuasa Jaipp, Khairul Azman Azizan dan hampir 14 anggota.

Kemudiannya, kedua-dua pasangan berkenaan diberikan notis mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan melakukan perbuatan kurang sopan di tempat awam, jika disabitkan atas kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara enam bulan.
 

Jurulatih Pilot Royal Air Force Tertinggi British Peluk Islam Menggemparkan Ketua Tentera British !!!




Dr Hayward (Kiri) dalam satu majlis
bersama Persatuan Tentera Udara
Muslim.




















Jurulatih penerbangan Britain berprofil tinggi, Dr Joel Hayward yang juga individu bertanggungjawab melatih Putera William mengejutkan ketua turus angkatan tentera British apabila memeluk Islam dan mengecam tindakan tentera NATO yang menyerang Libya.

Beliau yang dilabelkan sebagai "Ayatollah Turus Angkatan Tentera Udara British" mempersoalkan samada betul Gaddafi benar-benar melancarkan serangan ke atas rakyatnya atau tidak dan dengan membiarkan NATO menyerang Libya hanya akan menimbulkan ketidak percayaan orang ramai terhadap NATO.

Dia membuat kenyataan tersebut dalam sebuah majalah Islamik di sana baru-baru ini. Baca laporannya di sini. Kenyataan tersebut mendapat reaksi negatif dari berbagi pihak yang menegaskan bahawa itu hanyalah kenyataan peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan RAF.


Ayatollah of the RAF: Academic 'university' head is Muslim convert who claims Nazi gas chambers were British propaganda and criticises Libya air strikes


The head of studies at the Royal Air Force pilot training college is a convert to Islam who has criticised Nato air strikes on Libya in a Muslim magazine.


Dr Joel Hayward is dean of the college at Cranwell, the RAF’s equivalent of Sandhurst, and has taught many of the pilots spearheading the military operation against Colonel Gaddafi.

But, to the dismay of defence chiefs, he has cast doubt on the widely held belief that the Nato actions averted the mass killing of civilians in Benghazi. He also warned against the RAF becoming ‘the air corps of a rebel army’.


RAF role: Dr Joel Hayward teaches at the RAF's pilot training college
RAF role: Dr Joel Hayward teaches at the RAF's pilot training college

Dr Hayward has previously expressed remorse after appearing to claim that far fewer Jews were killed by the Nazis than generally thought and that the gas chambers of the Holocaust were British propaganda.
In another article recently he likened Churchill to Mohammed.
 
The magazine article on Libya was published under the headline ‘The West runs the risks of its good intentions (and inconsistencies) leading to distrust’.

Dr Hayward wrote: ‘When western aircrafts began to destroy tanks and a downpour of missiles wrecked Libya’s air force and air defence system, various leaders congratulated themselves for preventing an “atrocity” or “slaughter” - evocative words which conjured up images of a Srebrenica-style massacre [the 1995 killing of Bosnian Muslims].
‘Yet we do not know that his army would have “slaughtered” civilians in a Srebrenica-style massacre.’


Lectures: Dr Hayward (left) at an Armed Forces Muslim Association event last year
Lectures: Dr Hayward (left) at an Armed Forces Muslim Association event last year
Dr Hayward also takes issue with the UN Security Council resolution authorising ‘all necessary measures’ to protect civilians from the dictator’s forces.

Describing the resolution as ‘elastic’, he says: ‘Strangely, that resolution condemned human rights abuses and torture to which the world (and the UN) had turned a blind eye for decades.’

His views and behaviour have caused disquiet among senior officers at RAF Cranwell, Lincolnshire, where he is the most senior academic and taught Prince William.

In a letter to The Mail on Sunday entitled The Air Force Ayatollah, one senior officer expressed concern that Dr Hayward was focusing more on ‘Islamist activities that are nothing to do with the RAF’. 
High-flying student: Prince William was taught by Dr Hayward
High-flying student: Prince William was taught by Dr Hayward
He also accused him of giving Muslim cadets preferential treatment and making other students take a ‘softly, softly line when writing about Muslim terrorists/Islamist extremists’.

Another officer claimed cadets and lecturers ‘are in fear’ of expressing anything that might be construed as anti-Muslim sentiment. ‘Anyone who fails to follow the line that Islam is a peace-loving religion is hauled into his office for re-education,’ he said.

Last night Dr Hayward said he did not ‘recognise’ the allegations.
The Mail on Sunday understands that Dr Hayward’s views have embarrassed RAF chiefs, who feel that while he is entitled to his opinions, it was unwise for him to air them in a Muslim magazine.

Conservative MP Patrick Mercer, former chairman of the Commons counter-terrorism sub-committee, said: ‘I am delighted that the dean is not restricted in what he can say, as he would be in Islamist societies.

‘However, I very much hope that his views don’t conflict with any of his professional duties when teaching Her Majesty’s officers.’

It is not the first time the New Zealand-born academic has attracted controversy. In 2000, he was accused of denying the Holocaust after the publication of a thesis he had written in 1993 questioning the number of Jews killed. He claimed the idea of gas chambers being used was propaganda invented by Britain, the US and Jewish lobbyists. He has since expressed remorse over the ‘mistakes I made as an inexperienced student’.

Dr Hayward has frequently challenged claims of Islamic aggressiveness. Most recently, he wrote on the subject for the Cordoba Foundation, described by David Cameron as a front for the Islamist group, the Muslim Brotherhood. In that article, Dr Hayward likens the prophet Mohammed’s inspirational qualities to that of Sir Winston Churchill. He said Mohammed had to go to extra lengths – just as Churchill did in the Second World War - to exhort his people to believe in victory and fight for it.

Dr Hayward was appointed to RAF Cranwell in 2007, but was investigated the following year over complaints of ‘harassment and bullying’. It is not clear what became of the investigation. He is employed not by the RAF but by King’s College, London, which runs academic courses at Cranwell.

Dr Hayward defended his article on Nato airstrikes and said he wants a free Libya without Gaddafi. He added: ‘I write articles on a range of subjects for various scholarly journals and consistently the publications are anti-extremism, anti-terrorism and encouraging of a closer bond between the West and the Arab world.

‘In no sense am I anti-Western, I am proud to be Western, I strongly believe in the value system that we have in Britain. I believe in equality, democracy, freedom, plurality, human rights, women’s rights.’

An RAF spokesman said: ‘Dr Hayward writes for a number of publications. These activities are conducted in his own time and do not impinge on his duties in support of the RAF.’


Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2023246/RAF-academic-head-Dr-Joel-Hayward-Muslim-convert-criticises-Libya-air-strikes.html#ixzz1WB3zHUMu

Pesanan Buat Seorang Isteri





Pesan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.
Kerana itu, jadilah ‘hamba’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘hamba’ lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu:
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengengkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”
(Kitab al-Bayan wa’l-Tabyin oleh al-Jahiz)

Mengapa iblis tidak mengangu manusia dari atas dan dari bawah?




Di dalam Al Qur’an, akan kita dapati satu rakaman dialog antara Allah SWT dengan iblis yang dihukum oleh Allah. Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk sentiasa menyesatkan manusia. Hal tersebut tercatat dalam surah Al A’raf ayat 16-17 berikut ini:

“Iblis menjawab: ‘Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).’” (QS. Al A’raf : 16-17)

Dari ayat Al Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan selalu menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita. Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu?

Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah SWT dalam surat Al-A’raf ayat 17 di atas adalah:“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka”:Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat (Min baini Aidihim),“dan dari belakang mereka”:membuat mereka cinta kepada dunia (Wa Min Kholfihim),“dari kanan”:urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa ‘An Aimaanihim)“dan dari kiri mereka”:dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan (Wa ‘An Syama’ilihim).

Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari ATAS dan dari BAWAH kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur’an yang diredaksikan dari Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata:“Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata:


“Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari gangguan syaitan?

” Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih ada dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do’a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu’an, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka” (At-Tafsir Al-Kabir V/215)

Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu katsir III/394-395).

Oleh kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, mari kita berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk .dakwatuna.com

Pencuri kabel mati kena kejutan elektrik



 
Mencuri tu satu hal. Berani pulak nak mencuri kabel di pencawang yang berkuasa tinggi. Nasib tak baik mati terkangkanglah kena kejutan arus elektrik.

[DSCN0537.JPG]
[DSCN0538.JPG]
[DSCN0550.JPG]
Yang ada mata lihat... ada telinga dengar.. ada akal fikir... dan ada hati nilaikan... Sebelum nasi sudah menjadi bubur.. selagi aada ruang dan peluang selamatkan orang yang tersayang... berusaha tidak sia-sia.. insyaALLAH, Allah membantu hamba2Nya yang berusaha... Anak anda? Adik?kawan? mula buat perangai?hubungi kami segera di www.motivasisurvivor.com Kami bersedia memberikan khidmat bantuan kepada anda.

Pelajar Ponteng Sekolah BerPesta SEKS di Kandang Kambing!


Pelajar ketagih seks di kandang kambing


 
SEPANG - Seorang pelajar wanita tingkatan tiga yang ketagih seks sanggup membuang lebih 10 pucuk surat amaran yang dihantar pihak sekolah semata-mata mahu terus bermadu kasih dengan teman lelakinya di dalam kandang kambing di Jenderam Hulu di sini sejak tiga bulan lalu.

Pihak sekolah terpaksa menghantar surat amaran berulang kali ke rumah pelajar itu kerana gadis terbabit kerap ponteng sekolah dalam tempoh itu.

Pelajar berusia 15 tahun itu pula akan membuang surat-surat dari pihak sekolah yang sampai ke rumah bagi mengelak tembelangnya diketahui ibu bapanya.

Sepanjang memadu kasih dengan pemuda berusia 19 tahun itu, mangsa dikatakan mengambil pil pencegah kehamilan yang dibeli kekasihnya setiap kali sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Biawak Makan BAYI di Kuantan!


Bayi hancur dimakan biawak

0 ULASAN
 
Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yang ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.
INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang dan dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.


KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...